11.3.14

Ceramah Keibubapaadn Dan Akujanji Di SK Lok Heng

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Lambat sedikit cikgu kemaskini berkaitan ceramah di SK Lok Heng ini. Hari ini baru berkesempatan.

Ini ceramah cikgu yang kedua di SK Lok Heng untuk tahun 2014 ini. Alhamdulillah sudah 2x mereka panggil cikgu untuk berkongsi ilmu. Setakat memberi info yang cikgu tahu tiada salahnya kan..

Cikgu diminta untuk memberikan panduan pada para ibu dan ayah bagaimanakah cara yang betul untuk mendidik anak menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi pencapaian akademik tapi juga dari segi sahsiahnya. Haaa ini yang cikgu suka bila bab sahsiah ni. Banyak yang cikgu sentuh lebih-lebih lagi gejala sosial selari dengan kemajuan teknologi sekarang ini.

cikgu berkongsi tips dan petua untuk mendidik anak dengan didikan dan cara yang betul. sebab ada ibu ibu dan ayah ayah yang mungkin "syok sendiri" hehehhee...

Banyak soalan yang cikgu dapat dari para ibu-ibu antaranya:
-sesuai tak hantar anak pi tuition malam
-macam mana nak atasi anak yang suka berbohong
-bila anak balik sekolah dah penat, bagaimana nak bantu anak atasi kepenatan bila disuruh buat latihan
-nak tahu cara agar anak boleh bercerita masalah dengan ibu bapa seperti kawan
-cara meluangkan masa sebab bekerja dan jarang jumpa anak

kemudian cikgu teruskan dengan akujanji. Rasanya pembaca blog cikgu pun dah tahu macam mana proses akujanji itu dijalankan.. kali ni cikgu buat seperti biasa cumanya ada ikrar dari murid kepada guru, ibubapa dan diri sendiri.. kemudian ikrar ibu pada murid dan sekolah pula..









Tiada ulasan:

Catat Ulasan