11.3.14

Bengkel Clay Therapy MGKK SR Pasir Gudang

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah hari ini kita masih bernafas lagi dan diberi peluang untuk lakukan amalan-amalan baik dan ibadah yang sempurna.. alhamdulillah sekali lagi.

Juga sekali lagi cikgu diberi peluang untuk berkongsi sedikit pengetahuan cikgu berkaitan Clay Therapy. Terkejut juga apabila diminta oleh seorang guru dari pasir gudang iaitu cikgu Uji Suziana untuk berkongsi slot ini. Sebenarnya cikgu tidak layak nak ajar cikgu-cikgu kerana cikgu juga belajar dari orang lain. Cikgu belajar masa kursus clay therapy ni dengan cikgu khadijah omar dari SMK Sri Aman sewaktu semua guru bimbingan SR dan SM diberi taklimat dan kursus ini di Tiram, Johor.

Namun cikgu diminta juga untuk berkongsi apa yang telah cikgu aplikasikan di sekolah. Diharapnya apa yang cikgu kongsikan dapat dipraktikkan oleh guru-guru BNK SR daerah pasir gudang ya.

Awalnya cikgu terangkan tentang:
-Maksud Clay Therapy
-Pengasas Clay Therapy dan sejarahnya
-Kebaikan dan kegunaan dalam sesi
-Contoh-contoh clay therapy
-Contoh video murid cikgu masa buat clay therapy
-soalan latihan clay therapy










Tiada ulasan:

Catat Ulasan