19.3.14

Seminar Motivasi dan Bengkel Teknik Belajar

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Baharu sahaja selesai Program Motivasi yang cikgu laksanakan disekolah cikgu. Alhamdulillah syukur cikgu panjatkan pada Allah kerana cikgu rasa ini program yang besar kerana melibatkan 6 sekolah..

Mula-mula cikgu nak buat untuk murid tahun 6 sekolah cikgu sahaja. kemudian terfikir nak bersama-sama jiran sekolah sebelah iaitu SK Sungai Mas. Cikgu Zam-zam guru bimbingannya pun setuju. Bila berbual dengan rakan sekolah berhampiran pula mereka juga berminat. Jadinya bergabunglah kami 6 sekolah.....

Program ini melibatkan semua murid tahun 6. Cikgu selaku tuan rumah menyenaraikan AJK mengikut sekolah yang terlibat dan cikgu tak libatkan guru sekolah cikgu. Mesyuarat juga diadakan secara ringkas melibatkan guru BNK 6 sekolah ini.

Tempat:SK Bandar Mas
Jam:7.30 pagi hingga 4.30 petang
Penceramah: Consultan JMJ

Ada 3 slot iaitu:
1-Ceramah Motivasi , Kecemerlangan Diri
-menekankan aspek ciri-ciri kecemerlangan yang boleh disemai dan dibentuk didalam diri setiap murid. pengertian yang lebih lanjut akan kecemerlangan dari segi cemerlang akademik, cemerlang sahsiah diri dan cemerlang rohani.

2-Teknik Belajar yang berkesan
-Menekankan akan peri penting cara belajar yang betul. Juga melihat lebih mendalam langkah-langkah yang berkesan dan tidak berkesan agar murid lebih mengetahui sama ada cara yang mereka laksanakan betul atau tidak. Role model iaitu murid yang mmeperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM dipamerkan dan diterangkan kekuatan setiap role model tersebut agar dapat menyuntik semangat didalam diri anak-anak calon UPSR ini.

3-Muhasabah Diri
-Menimbulkan kesedaran didalam diri murid akan keinsafan terhadap dosa dan kekhilafan diri. Murid merasa akan tanggungjawab sebenar sebagai seorang murid sekolah, sebagai anak kepada ibu bapa dan sebagai hamba ALLAH..

Alhamdulillah kekuatan 6 guru bimbingan kaunseling telah berjaya memastikan program ini berjalan dengan baik dan lancar. Terima kasih kawan-kawan.










Read More...

17.3.14

Lawatan dari GBK SK Kota Masai 2

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.. Cikgu telah menerima kedatangan dari dua orang guru bimbingan dan kaunseling Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2, Pasir Gudang. Tujuannya ialah untuk berkongsi pandangan, nasihat dan tunjuk ajar bagaimana cikgu menguruskan perkhidmatan BNK di sekolah.

Untuk makluman pembaca blog cikgu, Sekolah Kebangsaan kota Masai 2 ni merupakan Naib Johan Bilik Pengurusan Cemerlang Bimbingan Kaunseling Negeri Johor untuk tahun 2013..Insyallah tahun depan boleh jadi Johan!!!  cikgu tak boleh masuk dah untuk beberapa tahun..kuikuikuiiiii..

Antara rentetannya:
-Ucapan aluan dari Guru Besar, Hj Ali b Md Sani.
-Melihat persekitaran sudut-sudut di dalam bilik
-Merujuk bahan PRS terutama Buku Aktiviti
-Pondok Clay Therapy dan fungsinya
-Merujuk Fail-fail
-Perbincangan dekorasi susun atur kedudukan bilik sesi individu dan kelompok
-Melihat dekorasi bilik kelas

Moga perbincangan yang tak seberapa ini dapat membantu cikgu meningkatkan perkhidmatan BNK di SK Kota Masai 2 nanti ya.. Insyallah




Read More...

12.3.14

Anugerah Pengurusan Bimbingan Dan Kaunseling Negeri Johor 2013

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum!
Selamat pagi!
Pengumuman!

Bismillahirrahmanirrahim....

JOHAN 
PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
NEGERI JOHOR
TAHUN 2013



Read More...

Ceramah Kepimpinan di SK Air Tawar 5

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar ya hari ini? Cikgu alhamdulillah sihat. Harapnya pembaca semua sihat dan berada dibawah lindungan dari Nya. aaminn.

Cikgu diminta untuk memberikan sedikit perkongsian ilmu bersama anak-anak SK Air Tawar 5. Sasaran yang diberikan ialah murid PRS, pengawas, Ketua dan penolong kelas, Ketua rumah sukan dan kelab.

Cikgu merangka aktiviti ceramah ini kepada 2 bahagian iaitu:
1-ceramah bertajuk KEPIMPINAN YANG BERKESAN
2- 3 Aktiviti LDK
-Seikat serumpun
-Dia Saudaraku
-Dengar dan Jawab

Dalam slot ceramah cikgu tekankan:
-Maksud pemimpin di sekolah
-Tugas / peranan pemimpin
-Kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin di sekolah
-Surah dalam Al-Quran yang menyetuh tentang kepimpinan
-contoh pemimpin yang boleh dijadiakan teladan

Dalam aktiviti LDK pula cikgu masukkan objektif:
-Pemimpin yang bekerjasama dengan anak buahnya
-Saling kebergantungan sesama ahli











Read More...

11.3.14

Ceramah Keibubapaadn Dan Akujanji Di SK Lok Heng

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Lambat sedikit cikgu kemaskini berkaitan ceramah di SK Lok Heng ini. Hari ini baru berkesempatan.

Ini ceramah cikgu yang kedua di SK Lok Heng untuk tahun 2014 ini. Alhamdulillah sudah 2x mereka panggil cikgu untuk berkongsi ilmu. Setakat memberi info yang cikgu tahu tiada salahnya kan..

Cikgu diminta untuk memberikan panduan pada para ibu dan ayah bagaimanakah cara yang betul untuk mendidik anak menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari segi pencapaian akademik tapi juga dari segi sahsiahnya. Haaa ini yang cikgu suka bila bab sahsiah ni. Banyak yang cikgu sentuh lebih-lebih lagi gejala sosial selari dengan kemajuan teknologi sekarang ini.

cikgu berkongsi tips dan petua untuk mendidik anak dengan didikan dan cara yang betul. sebab ada ibu ibu dan ayah ayah yang mungkin "syok sendiri" hehehhee...

Banyak soalan yang cikgu dapat dari para ibu-ibu antaranya:
-sesuai tak hantar anak pi tuition malam
-macam mana nak atasi anak yang suka berbohong
-bila anak balik sekolah dah penat, bagaimana nak bantu anak atasi kepenatan bila disuruh buat latihan
-nak tahu cara agar anak boleh bercerita masalah dengan ibu bapa seperti kawan
-cara meluangkan masa sebab bekerja dan jarang jumpa anak

kemudian cikgu teruskan dengan akujanji. Rasanya pembaca blog cikgu pun dah tahu macam mana proses akujanji itu dijalankan.. kali ni cikgu buat seperti biasa cumanya ada ikrar dari murid kepada guru, ibubapa dan diri sendiri.. kemudian ikrar ibu pada murid dan sekolah pula..









Read More...

Bengkel Clay Therapy MGKK SR Pasir Gudang

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah hari ini kita masih bernafas lagi dan diberi peluang untuk lakukan amalan-amalan baik dan ibadah yang sempurna.. alhamdulillah sekali lagi.

Juga sekali lagi cikgu diberi peluang untuk berkongsi sedikit pengetahuan cikgu berkaitan Clay Therapy. Terkejut juga apabila diminta oleh seorang guru dari pasir gudang iaitu cikgu Uji Suziana untuk berkongsi slot ini. Sebenarnya cikgu tidak layak nak ajar cikgu-cikgu kerana cikgu juga belajar dari orang lain. Cikgu belajar masa kursus clay therapy ni dengan cikgu khadijah omar dari SMK Sri Aman sewaktu semua guru bimbingan SR dan SM diberi taklimat dan kursus ini di Tiram, Johor.

Namun cikgu diminta juga untuk berkongsi apa yang telah cikgu aplikasikan di sekolah. Diharapnya apa yang cikgu kongsikan dapat dipraktikkan oleh guru-guru BNK SR daerah pasir gudang ya.

Awalnya cikgu terangkan tentang:
-Maksud Clay Therapy
-Pengasas Clay Therapy dan sejarahnya
-Kebaikan dan kegunaan dalam sesi
-Contoh-contoh clay therapy
-Contoh video murid cikgu masa buat clay therapy
-soalan latihan clay therapy










Read More...

Modul Akademik (Seronoknya Belajar)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menghirup udara pinjaman dari Allah ini. Harapan cikgu, jadikanlah hari ini lebih baik dari hari-hari yang kita lalui semalam. Insyallah.

Hari semalam cikgu masuk ke kelas 5 Arif. Cikgu laksanakan bimbingan kelompok didalam kelas. Cikgu pilih Modul Akademik bertajuk Seronoknya Belajar!

Mari ikuti modul yang cikgu laksanakan ya.

BAHAN-BAHAN:
-Kertas mahjong
-Marker bewarna warni

LANGKAH-LANGKAH:
-Beri dahulu kumpulan. cikgu pecahkan kepada 5 kumpulan yang kecil.
-Time ni jangan edar dahulu kertas mahjong sebab nanti murid tak beri perhatian apa cikgu nak cakap ok.
-Cikgu terangkan dahulu ringkasan maksud seronoknya belajar.Juga langkah -langkah jadi pelajar cemerlang, petua kuatkan daya ingatan Dan contoh-contoh model murid cemerlang.
-Beri tajuk kepada setiap kumpulan dan murid menggunakan kretifan mereka untuk hasilkan point yang menarik ikut tajuk.
1-langkah -langkah jadi pelajar cemerlang,
2-petua kuatkan daya ingatan
3- model murid cemerlang.
4-Doa-doa kejayaan
5-List murid cemerlang

OBJEKTIF:
1-Murid dapat merasai keseronokan sebenar apabila berjaya dalam pelajaran
2-Murid didedahkan dengan insan-insan cemerlang yang berjaya dalam UPSR,PMR dan SPM



Read More...

5.3.14

BENGKEL PENGURUSAN FAIL DAN PENANDA ARASAN SKBM OLEH MGKK SR KOTA TINGGI

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harapnya kita semua sihat dan berada dibwalah lindunganNYA.. amiinn..

Bengkel Pengurusan Fail dan Penanda Arasan SKBM baru sahaja selesai. Cikgu ringkaskan butirannya ya:
-ucapan aluan pengerusi majlis
-Taklimat Pengurusan Fail oleh Encik Roslan Pen.Peg. PPD Unit kaunseling dan kerjaya murid.
-Taklimat borang instrumen pemarkahan
-tayangan slide show multimedia bilik BNK SKBM
-lawatan ke bilik BNK SKBM

Objektif program hari ini ilah:
1-mengetahui lebih mendalam pengurusan fail yang sistematik dan selaras di daerah kota tinggi
2-memperolehi maklumat yang jelas kemahuan/kehendak/keperluan mengikut borang instrumen pemantauan agar memperolehi markah 80 keatas.
3-mengetahui keunikan dan kelebihan Bilik BNK SKBM berbanding sekolah lain di daerah kota tinggi.

Insyallah kita sama-sama membantu memartabatkan lagi pengurusan BNK ya.. agar diterima oleh semua pihak.


















Read More...