16.2.14

Modul Akademik: Jadual Belajarku

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua bakal-bakal penghuni syurga. Insyallah. Harap sihat hari ini. Cikgu doakan pada yang sudi membaca blog curahan ilmu bimbingan ini akan beroleh kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah hendaknya. Aamiinn..

Hari ini cikgu buat bimbingan kelas di 5 cerdas. Sudah difokuskan awal-awal masuk kelas ni nak laksana modul akademik. Cikgu pun pilihla 1 tajuk iaitu Jadual Belajarku.

Objektif:
-nak memastikan murid-murid tahu bagaimana nak membuat jadual belajar
-apa kepentingan jadual belajar
-sedikit penerangan ringkas contoh jadual belajar yang baik.

Langkah-langkah:
1-Selepas murid membaca doa cikgu minta semua tetap berdiri dan tidak duduk.
2-Cikgu ajukan 3 soalan
-Hari ini hari apa
-Ada berapa subjek hari ini
-Sebelum cikgu masuk dan selepas cikgu masuk subjek apa.(Cikgu nak lihat murid boleh jawab atau tidak dan betul atau salah)
3-Cikgu tunjukkan 3 helaian kertas bergambar.
-gambar jadual belajar
-gambar kalender
-gambar jadual kerja
4-Tanya murid yang mana satu agaknya jadual belajar.(semua dapat jawab sebab memang 3 gambar tu beza)
5-Murid duduk dan cikgu lekatkan gambar jadual belajar diboard.
6-Cikgu terangkan secara ringkas apa kegunaan jadual belajar dan mengapa setiap murid perlu ada jadual belajar sendiri. (berlaku soal jawab)
7-Cikgu edarkan helaian jadual belajar yang masih kosong kepada murid-murid.
8-Minta murid memasukkan subjek-subjek mengikut hari.
9-Minta murid hasilkan jadual belajar yang paling cantik di dunia!!!

Ok. Alhamdulillah bila cikgu tanya siapa yang nak buat jadual belajar sendiri semua angkat tangan. Semua nak ada jadual belajar sendiri. Lepas ni dah tahu bolehlah buat pula jadual belajar di rumah ya. Lekatkan di bilik agar senang kamu nak susun buku mengikut jadual hari esok. Dah tak perlu mak ayah susah-susah susunkan beg untuk kamu lagi.




Read More...

Lawatan Dari PRS SMKA Bandar Penawar

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Moga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk terus melakukan amal ibadah dan kebaikan di dunia ini bagi bekalan akhirat kelak.

Semalam cikgu menerima pelawat. Ahli PRS dari SMKA Bandar Penawar melakukan kunjungan ke bilik cikgu. Ramai juga. Ustaz Ariff iaitu kaunselor sekolah itu yang membawa mereka. Katanya mahu belajar bagaimana nak dekorasi bilik bimbingan kaunseling seperti bilik cikgu.

Cikgu menerima dengan senang hati. Apa yang cikgu tahu akan cikgu ajar. Banyak juga yang dikongsikan bersama seperti:
-susun atur sistem fail
-pembahagian bilik sesi individu, kelompok dan bilik pengurusan
-Sudut
-dekorasi hiasan

Paling penting perlu lakar dahulu kedudukan bilik. Setting dahulu baru boleh kemas. Tema bilik juga penting. Macam tema bilik cikgu aura warna. Cikgu beri idea pada mereka agar jadikan bilik kaunseling bertema spa!!!

Mereka murid-murid sekolah menengah jadinya apa yang cikgu sampaikan mudah untuk diterima. beruntung sekolah menengah ni. Boleh disuruh murid-muridnya. Jika sekolah rendah memang semua dari A-Z cikgu yang kena buat. Bukan apa risau tangan murid kena gunting, salah buat ke..

Harapnya perkongsian yang berlangsung semalam mendapat input yang baik ok. Jumpa lagi.




Read More...

Buku ke 3 dan ke 4

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah buku ke  ketiga dan keempat sudah terbit. Cuma belum dipasarkan ke sekolah-sekolah sahaja.

Buku ketiga bertajuk Encik Sotong:
-Buku novel motivasi  berkisarkan kehidupan pelajar lembut.

Buku keempat bertajuk Hati Kering VS Hati Tisu:
-Buku novel motivasi  berkisar kehidupan pelajar yang terlibat dengan  kumpulan gansterisme.

Dengan harapan buku ini dapat membantu murid-murid mengenalpasti uptitud diri, tanggungjawab sebagai pelajar dan menyelami situasi yang berlaku,.


Read More...

13.2.14

Jadual Solat Sunat Dhuha Murid Tahun 6

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Moga-moga pembaca blog cikgu akan memperolehi barakah dari Nya pada hari ini. Aamiin.

Selain dari motivasi yang perlu diberikan kepada murid-murid tahun 6, mereka juga perlu dididik dengan sahsiah diri yang mulia. Jangan dilupakan pada kekuasaan Allah. Perlu ditekankan pada anak-anak murid tahun 6 saat ini paling penting mendapatkan keredhaan dari Allah agar ilmu yang dipelajari diberkati.

Sekolah cikgu dengan kerjasama panitia Agama Islam berusaha untuk menyemai amalan solat sunat dhuha ini kepada murid-murid tahun 6. Guru besar juga telah mengumumkan diperhimpunan semua murid tahun 6 yang boleh solat perlu laksanakan solat dhuha setiap hari di sekolah pada waktu rehat.

Alhamdulillah jadual juga telah diedarkan pada kelas-kelas tahun 6. Dari awal tahun sudah nampak ramai murid tahun 6 yang selepas makan mereka akan ke surau untuk laksanakan solat sunat dhuha.

Cikgu-cikgu juga bertanggungjawab untuk memberikan penekanan fadilat solat tersebut. Yang paling menyeronokkan cikgu tumpang sekaki..

???? cikgu wujudkan salah satu anugerah kemenjadian murid tu untuk kategori MURID SURAU. jadinya secara tidak langsung memberikan motivasi ransangan kepada anak-anak ini untuk tidak culas dalam mengerjakan solat sunat dhuha.

Moga pengorbanan guru-guru dan murid-murid ini diberkati dan beroleh keputusan yang baik dalam UPSR tahun ini..aaminn


Read More...

12.2.14

Ceramah Pengurusan Masa

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada smeua pembaca blog cikgu. Hari ini cikgu diundang oleh Sekolah Kebangsaan Lok Heng untuk berkongsi ilmu dengan anak-anak tahun 6 di sana. Insyallah cikgu berusaha semampu cikgu untuk memberikan input yang terbaik kepada anak-anak sekolah itu.

Pengurusan Masa memang satu tajuk yang perlu diterang dan dijelaskan kepada anak-anak tahun 6 sejak awal lagi. Memangdangkan ini sudah bulan 2 jadinya amat sesuailah ceramah pengurusan masa ini dibuat. Agar anak-anak tahun 5 tahu membuat jadual pengurusan masa mereka sendiri.

Antara perkara yang cikgu tekankan dalam ceramah pengurusan masa ini ialah:
-Kenali apa maksud pengurusan masa
-kaitkan masa dengan pepatah melayu dan surah di dalam Al-Quran
-Terangkan perangkap masa
-Apa itu faktor luaran dan dalaman yang menggangu untuk mengurus masa
-Teknik mengurus yang berkesan
-Buat jadual harian, jadual mingguan dan jadual bulanan.
-Buat jadual sekolahku.
-2 aktiviti LDK

Alhamdulillah, murid memberikan tindak balas yang baik dan sangat memberikan kerjasama yang jitu. Jadinya bila keeratan ini terjalin tidaklah susah untuk cikgu menyampaikan input dengan sebaiknya. Banyak juga berlaku soal jawab antara cikgu dan murid-murid. Daripada jawapan yang diberi nampaknya murid memahami konsep pengurusan masa tersebut. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada pihak SK Lok Heng atas jemputan ini. Didoakan anak-anak tahun 6 akan memperolehi keputusan yang cemerlang. Aamiiin.













Read More...

Modul Akademik (Impian Ku 10 Tahun Lagi)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua. Hari ini cikgu masuk ke kelas 6 Cerdas. Gembira sangat kerana banyak perkara yang cikgu nak berkongsi bersama anak-anak calon UPSR 2014 ini.  Masa awal tahun hari itu cikgu sudah menerangkan kepada mereka akan kepentingan matapelajaran. Kiranya orientasi lah.

Kali ini cikgu nak tanamkan dalam diri murid-murid keperluan impian yang perlu ada semenjak umur mereka masih muda ini. Banyak pepatah dan kata-kata motivasi cikgu beri untuk mudahkan lagi pemahaman mereka.

1-Tanpa impian hidup tidak bermakna
2-Kejayaan bermula dari impian
3-Impian bermula dari langkah yang pertama

Langkah-langkah:
1-Cikgu menulis perkataan IMPIAN di papan hitam.
-I=indahnya
 M=mimpi
 P=pada
 I=impian
 A=akan
 N=nanti
2-Terangkan ringkas maksudnya.
3-Beri contoh impian cikgu dan contoh lain
4-Tanya murid-murid impian mak, ayah.
5-Minta murid fikir apa impian mereka.
6-Cikgu lukiskan impian di papan hitam
7-Murid ikut melukis impian mereka

Kepentingan:
1-Menerapkan suatu matlamat dalam diri murid untuk menapatkan sesuatu yang mereka mahukan
2-Murid nampak dengan jelas akan kemahuan mereka.


Read More...

Taklimat Guru Bimbingan Kaunseling SR Bil1/2014

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harapnya semua sihat-sihat belaka. Cikgu sedang tunggu turunnya hujan. Sudah genap sebulan kawasan cikgu ini buminya belum menerima titisan air hujan.

Semalam taklimat guru bimbingan kaunseling sekolah rendang bil 1/2014. Butiran seperti berikut:
Tarikh:10 Februari 2014
Masa:2 petang
Tempat:
Bilik Cempaka PPD Kota Tinggi

Mesyuarat melibatkan 20 orang guru bimbingan kaunseling sepenuh masa daerah kota tinggi. Ada juga yang tidak dapat hadirkan diri atas sebab-sebab tertentu. Agenda mesyuarat antaranya:
-pengenalan AJK baharu sesi 2014/2015
-Ucapan dari Encik Roslan selaku P.Pegawai bimbingan kaunseling dan kerjaya murid
-Aluan guru bimbingan yang baharu. 
-laporan senarai aktiviti tahun lepas
-Cadangan senarai aktiviti tahun ini

Insyallah dengan adanya AJK baharu ini dapatlah memantapkan lagi GBK SR daerah Kota Tinggi. Jika cikgu dipilih bermakna ada pihak yang mempercayai bakat cikgu. Hargailah kepercayaan yang sudah diberi. Kami akan membantu tunggak barisan pemimpin baharu dengan sebaiknya. Insyallah




Read More...

11.2.14

KURSUS KEPIMPINAN FASA 1

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah selesai sudah Kursus Kepimpinan Fasa 1 untuk tahun ini. Untuk makluman semua sekolah cikgu memang ada 2 fasa kursus kepimpinan. Sekali dibuat di dalam sekolah dan kali kedua di luar sekolah.

Cikgu bertindak sebagai penyelaras dan penceramah bagi slot pertama. kali ini cikgu tidak buat ceramah mengadap slide power point.heheh... Mari ikuti rentetan peristiwa berikut:

Program: Kursus Kepimpinan Fasa 1
Tarikh: 8hb 2, 2014
Tempat: Dewan Sekolah, kelas, tapak perhimpunan.

-kata-kata aluan
-Bacaan doa oleh wakil murid
-Ucapan guru besar
-Slot 1- Aktiviti kepimpinan
-Rehat
-Slot 2- Rehersel
- Bersurai

Ok slot 1 tu cikgu laksana aktiviti yang membabitkan kepimpinan. Cikgu pilih 2 aktiviti yang mana dalam aktivti tersebut ada ciri-ciri pemimpinan dan kepimpinan dalam menjayakannya. Sepanjang 2 aktiviti itu berlangsung cikgu tidak henti-henti menerangkan bagaimana ciri-ciri pemimpin itu setiap kali murid-murid melakukan aktiviti tersebut.

Slot 2 pula cikgu bahagikan murid perempuan kepada 3 kumpulan sebab ada 3 cikgu yang akan melatih mereka. Murid perempuan dilatih dalam membaca teks pengacaraan dengan baik dan sebutan intonasi yang bagus. Manakala lelaki pula dalam kelompok yang sama dan mereka diajar membaca ikrar dengan penuh semangat dan lantunan suara yang betul, bacaan doa dan cara memasang dan menaikkan bendera.

Namun ada gambar-gambar untuk slot 1 dan 2 yang tak dapat cikgu upload. Tidak dapat dikenalpasti apa masalahnya. Asik arrow ja...

Tahniah kepada anak-anak bakal menjadi pemimpin negara ini. Insyallah ilmu yang diberi diharap dapat digunakan dengan sebaiknya dan menjadi amalan yang baik.

















Read More...

Lawatan Dari GPK1 SK Bandar Penawar 2

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harapnya semua sihat hendaknya ya. Ramai juga rakan-rakan cikgu yang demam dan batuk-batuk dimusim kemarau ini. Cuaca pun panas sahaja.

Sekolah cikgu telah menerima seorang guru iaitu  Cikgu Sinin Mokreh GPK 1 SKBP 2 akan menjalani program penandaarasan di SKBM bagi kursus NPQEL mulai 2 hingga 13 Feb 2014.

Cikgu Sinin sudah maklumkan pada cikgu dari semalam untuk berjumpa cikgu di bilik bimbingan bagi mendapatkan bahan pengurusan strategik sekolah sebab cikgu yang buat, jadi dia minta copynya. Beliau sibuk mengambil gambar-gambar bilik. Katanya untuk dikongsi bersama dengan guru BNK di sekolahnya iaitu cikgu radiah.Beliau turut tertarik dengan pondok clay therapy didalam bilik ini. Lebih mengujakan beliau apabila cikgu mengatakan pondok ini merupakan salah satu daya tarikan murid untuk hadir ke bilik ini.

Antara yang dibincangkan ialah:
-Inovasi yang telah BNK buat di sekolah
-100% perkhidmatan murid perolehi
-Bahan bukti program
-Bincang sejarah guru besar sekolah ini mengikut tahun dan maksud lencana sekolah

Masa jumpa banyak yang beliau kongsikan bersama. Insyallah dengan harapan perkhidmatan UBK ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar. 



Read More...