28.1.14

Program Super A Teknik UPSR

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini cikgu dipanggil oleh GPK HEM. Ada consultan dari luar yang menyerahkan brosur kepada sekolah untuk diedarkan kepada murid tahun 6 dan tahun 5.

Program ini merupakan program bercorak motivasi dan lebih kepada teknik menjawab subjek sains dan bi oleh pakar yang dibawa oleh mereka. kemudian diselitkan dengan ceramah motivasi.

Em, cikgu baca program ini dibuat di dewan MDKT Kota Tinggi. Jauh juga mak ayah nak hantar. Tapi program ini berjalan dari jam 8 pagi hingga 4 petang, so penjaga boleh hantar anak dan ambil semula bila waktu petang. GPK serahkan pada cikgu untuk edarkan pada murid sebab consultan itu akan datang semula pada hari rabu ini untuk kutip duit pendaftaran.

Cikgu pun ambil dan terus tuju ke kelas tahun 6. Kena buat cepat nanti lupa payah. Cikgu ni selalu lupa.

"Ok murid-murid, minta perhatian sebentar. (sambil tangan edarkan brosur) minta orang dihadapan pasing brosur ni ke belakang. Lihat kertas masing-masing. Ini merupakan program motivasi dan teknik menjawab yang akan dibuat oleh sebuah consultan dari luar. cikgu dipertanggungjawabkan untuk edarkan pada murid semua. cikgu ulangi ini adalah program luar sekolah dan cikgu tidak mewajibkan untuk awak semua hadir. Siapa nak boleh pergi dan siapa tak mahu tidak mengapa. Oleh kerana ini program dari luar, awak perlu minta penjaga hantar awak ke Dewan......... bayarannya berjumlah RM75 merangkumi bahan dan makan minum. Sesiapa yang mak ayahnya boleh hantar dan berminat minta serahkan borang daftar dan duit pada cikgu kerana hari rabu cikgu akan serahkan duit tersebut."

Ok, itulah lebih kurangnya ayat cikgu. Yang penting amanah sudah dijalankan. Brosur juga habis diedarkan pada murid tahun 6 dan 5.. sesiapa yang nak lihat brosur tersebut dan agenda program cikgu akan upload ya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan