27.1.14

Hadiah Hari Jadi Murid Lagi

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini perhimpunan rasmi mingguan. Sekolah cikgu ada 3x perhimpunan seminggu.

Istimewanya hari ini guru besar telah beri hadiah hari jadi untuk murid yang lahir hari ini iaitu 26hb 2. Tetapi yang paling kelakarnya guru besar mengatakan dia akan menyebut dan memanggil beberapa orang murid yang telah membuat kesalahan besar!

Jadi semua murid dan guru tertanya-tanya.. hahahhaa..

Guru besar memanggil 4 orang murid ke hadapan. Dalam hati cikgu dah terdetik ini mungkin hari jadi murid. Sebab guru besar suka sangat beri hadiah pada hari jadi murid setelah program guru penyayang dilancarkan dahulu.

Lepas murid sudah kehadapan barulah guru besar mengucapkan selamat hari jadi. Kelakar apabila guru besar telah memberikan hadiah yang berupa biskut dan teh..hehehhee

Apa apapun murid sangat seronok. Cikgu pun seronok. Mesti murid tak sabar nak tunggu hari jadi masing-masing..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan