21.1.14

Cikgu dan Murid RMT

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.

Minggu ni cikgu rehat tak dapat turun ke kantin jadi tak dapatlah makan bersama-sama murid RMT. Cikgu suka benar makan dengan murid RMT ini. Boleh berbual-bual tanya khabar. Sebab apa????

1-Murid RMT biasanya mak ayah berpendapatan rendah
2-Anak yatim
3-Ada mak ayah yang sakit
4-lain-lain yang tidak boleh dinyatakan.

Jadi mesti ada cerita-cerita yang menarik cikgu boleh cungkil. lebih-lebih lagi cikgu sudah tahu murid RMT mana yang adik beradik ramai, yang ayahnya lumpuh, yang anak yatim...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan