30.1.14

Sambutan Hari Jadi Guru Bulan Januari

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum, moga semua pembaca blog cikgu hari ini sihat hendaknya. Hari ini 30 januari, maknanya bulan januari bakal melabuhkan tirainya. Guru Besar bekerjasama dengan Kelab MAJU telah mengadakan sambutan hari jadi guru-guru yang lahir pada bulan januari.

Sejak tahun lepas lagi sekolah cikgu dah sambut hari jadi guru-guru. Sebagai tanda menghargai sumbangan para guru juga salah satu program guru penyayang. Kami menyambut hari jadi murid dan tidak lupa para guru-guru.. hehehhee...

Biasanya kelab Maju akan sediakan kek dan guru besar sering bermurah hati memberi hadiah pada guru-guru juga murid-murid. Bulan januari ini sahaja guru besar sudah beri 2x hadiah hari jadi murid waktu perhimpunan. Alhamdulillah beruntung murid-murid dapat guru besar yang sangat pemurah dan penyayang ini.

Untuk kali ini cikgu yang lahir pada bulan januari ialah:
-Pn Norazizah (cikgu lah tu)
-Pn Siti NorAzlina
-Pn Normawatee
-Pn Nurzihah
-Encik Suhaimi

Selamat hari jadi cikgu-cikgu.. didoakan moga diluaskan rezeki, dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik..aminnn

Oh! tidak dilupakan didoakan cikgu MR Razaham dan family dapat mengerjakan umrah dengan sempurna dan selamat pergi dan balik..aminnn






Read More...

Lawatan dari SK Lok Heng

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Cikgu menerima kedatangan dari seorang guru bimbingan lantikan dalaman sekolah. Memulanya GPK Hem SK Lok Heng , cikgu kadimin( GPK 1) talifon menyatakan hajatnya. Cikgu kadimin minta bantuan saya membantu guru tersebut kerana guru bimbingan (cikgu min) telah berpindah ke segamat..  aduhhh baru tau kak min pindah. Tak sempat nak jumpa dia tahun ni.

Cikgu kadimin tu dulunya GPK KOKO sekolah ini. Sudah kenal sangat. Jadi tak kisahla, boleh saja menolong apa yang termampu. Dalam pukul 2.15 guru tersebut datang ke sekolah.

Dapatlah beri sedikit bahan-bahan dan tunjuk ajar. Cikgu wan aliza namanya. Dia guru agama. Cikgu ada beri CD, juga bahan yang ada didalam simpanan cikgu. Cikgu wan juga suka melihat pondok clay therapy dibilik cikgu. katanya tak pernah dilihat dimana-mana sekolah dan tak terfikir nak membuatnya. hehe...Insyallah selepas ini pasti jalinan kerjasama akan lebih erat. Apa yang boleh dibantu akan dibantu. Salam perkenalan ya cikgu!





Read More...

29.1.14

Pemenang Anugerah Kemenjadian Murid Bulan Januari

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum, hari ini hari rabu. Ada perhimpunan sekolah dan ini merupakan perhimpunan bulan januari yang terakhir sebab esok khamis cuti peristiwa. Jadi cikgu selitkan sekali penyampaian hadiah untuk anugerah istimewa ini.hehheee...

Hadiah ni cikgu tak keluarkan duit Bimbingan Kaunseling. Cikgu guna sahaja hadiah lebihan program selepas UPSR tahun lepas. Ada buku, kain tuala, cawan, colour air.....

Baiklah cikgu nak umumkan pemenang bagi bulan Januari.

ANUGERAH MURID SURAU
Ahmad bin Rizalman

ANUGERAH MURID BERAKHLAK MULIA
Amer Syahmi bin Mohd Aziz

ANUGERAH MURID BERPAKAIAN KEMAS
Nurul Athifah bt Abu Bakar

ANUGERAH MURID PERAMAH
Muhamad Hasif Haikal bin Haludin

ANUGERAH MURID RINGAN TULANG
Muhamad Zulkeflee bin Ali

Tahniah kepada para pemenang!!!

Cikgu harap anugerah ini menjadi satu langkah untuk melahirkan murid yang bersahsiah terpuji. Pastikan setiap bulan hadiah menjadi milik kamu ya!







Read More...

Lawatan dari GBK SMKA Bandar Penawar

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Cikgu baharu sahaja dapat panggilan talifon dari guru kaunseling SMKA Bandar Penawar iaitu cikgu dijah. Dia bertanya sama ada cikgu free sekarang dan mahu datang melawat bilik cikgu. Kebetulan memang sedang free sambil-sambil bungkus hadiah murid untuk penyampaian esok.

Cikgu takdalah nak kemas-kemas sangat sebab semalam dah pastikan bilik dalam keadaan bersih dan selesa. Jadi tengok-tengok sikit, selak-selak kalau ada sampah.

Yang datang tu Ustaz Arifin, Cikgu khadijah dan 2 ornag murid PRS dari sekolah mereka. Kami berkongsi pelbagai maklumat dan ada beberapa bahan yang cikgu beri soft copynya kepada cikgu dijah. Harapnya dapat membantulah ya. Mereka tertarik melihat pondok clay therapy yang ada di bilik bimbingan. Kata ahli PRS mereka, aktiviti ini sangat sesuai dengan murid sekolah rendah. Cikgu setuju!

Banyak juga yang disoal jawab dan dikongsikan. Cikgu harap SMKA Bandar Penawar dapat mewakili daerah kota tinggi pula tahun ini ya. Agi Idup Agi Ngelaban!!!!!

Dalam pada itu cikgu dijah minta cikgu uruskan pembelian button badge guru penyayang yang cikgu pakai hari-hari. Ok boleh sahaja. Bagus idea ini dapat disebarluaskan. Moga konsep guru penyayang lebih meluas dan pelbagai ya.

Terima kasih atas kunjungan. Insyallah cikgu dijah kata akan datang semula dengan membawa ahli PRS sekolah mereka lebih ramai.






Read More...

28.1.14

Pemilihan Anugerah Kemenjadian Murid

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Hari ini cikgu tiada kelas dan sesi. Jadinya cikgu mahu buat pemilihan ANUGERAH KEMENJADIAN MURID bagi bulan Januari. Setiap bulan cikgu akan beri anugerah ini kepada murid sempena program guru penyayang.

Oleh kerana ini program baharu, jadi cikgu minta izin dengan GPK HEM dahulu dan nampaknya respon yang diberi amat baik.

Cikgu fikir ada 6 anugerah yang akan cikgu wujudkan iaitu:

1-ANUGERAH MURID SURAU
-murid yang rajin menunaikan solat dhuha dan tidak pernah culas... cikgu selidik waktu rehat memandangkan tahun ni guru besar sudah mengarahkan murid tahun 6 agar rajin menunaikan solat dhuha pada waktu rehat dan ada guru yang bergilir-gilir menjaganya.

2-ANUGERAH MURID BERAKHLAK MULIA
-Murid yang mempunyai akhlak yang baik di sekolah juga di luar sekolah. Bersopan santun dan menjaga akhlaknya.

3-ANUGERAH MURID BERPAKAIAN KEMAS
-Murid yang sentiasa berpakaian kemas, melipat tudung, kasut yang tidak kotor

4-ANUGERAH MURID PERAMAH
-Murid yang rajin bertanya soalan kepada guru-guru, sering menegur guru, sering membantu guru

5-ANUGERAH MURID RINGAN TULANG
-Murid yang selalu membantu guru-guru dan rajin

Jadinya hari ini cikgu berjalan-jalan keliling sekolah untuk bertanyakan pendapat guru-guru berkenaan pelajar yang cikgu akan pilih.. Pemberian hadiahnya pada hari esok ya. 
Read More...

Lawatan Dari Guru Praktikum

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? harap sihat-sihat hendaknya. Akhir-akhir ini cuaca agak sejuk. Angin pun kuat. Jenuh gak cikgu tiap petang menyapu sampah di luar rumah.

Sudah 2 hari kami warga SK Bandar Mas menerima kedatangan 2 orang jejaka handsome hehehheee ke sekolah kami. hahahhaaaa.. seorang cina dan seorang melayu. Baik budaknya.. mereka dari IPG Temenggung Ibrahim Johor. Mereka laksana latihan praktikum di sekolah kami dari semalam hingga bulan 4 nanti. Insyallah mereka mengajar murid-murid subjek BI.

Seorang dari Kedah dan seorang dari Muar,Johor. Selamat tahun baru cina ya Gerrald!

Hari ini Guru Besar bawa mereka ke bilik-bilik khas. Lawatan lah kiranya untuk mengenali sekolah. Pelbagai pertanyaan yang diajukan oleh mereka. Mereka juga perlukan bantuan dari cikgu kerana ada tugasan bimbingan dan kaunseling yang perlu mereka buat iaitu laksana sesi bimbingan dan rakaman sesi tersebut. Cikgu ok je. Mereka juga suka melihat pondok kecil dibilik ini iaitu pondok clay therapi. kata mereka mungkin apabila mereka posting nanti idea ini boleh dijadikan sebagai 1 sudut inovasi mereka.

Insyallah cikgu akan ajar mana yang cikgu tahu. Surat-surat untuk buat sesi seperti surat panggilan, laporan semua cikgu akan sediakan.



Read More...

Program Super A Teknik UPSR

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini cikgu dipanggil oleh GPK HEM. Ada consultan dari luar yang menyerahkan brosur kepada sekolah untuk diedarkan kepada murid tahun 6 dan tahun 5.

Program ini merupakan program bercorak motivasi dan lebih kepada teknik menjawab subjek sains dan bi oleh pakar yang dibawa oleh mereka. kemudian diselitkan dengan ceramah motivasi.

Em, cikgu baca program ini dibuat di dewan MDKT Kota Tinggi. Jauh juga mak ayah nak hantar. Tapi program ini berjalan dari jam 8 pagi hingga 4 petang, so penjaga boleh hantar anak dan ambil semula bila waktu petang. GPK serahkan pada cikgu untuk edarkan pada murid sebab consultan itu akan datang semula pada hari rabu ini untuk kutip duit pendaftaran.

Cikgu pun ambil dan terus tuju ke kelas tahun 6. Kena buat cepat nanti lupa payah. Cikgu ni selalu lupa.

"Ok murid-murid, minta perhatian sebentar. (sambil tangan edarkan brosur) minta orang dihadapan pasing brosur ni ke belakang. Lihat kertas masing-masing. Ini merupakan program motivasi dan teknik menjawab yang akan dibuat oleh sebuah consultan dari luar. cikgu dipertanggungjawabkan untuk edarkan pada murid semua. cikgu ulangi ini adalah program luar sekolah dan cikgu tidak mewajibkan untuk awak semua hadir. Siapa nak boleh pergi dan siapa tak mahu tidak mengapa. Oleh kerana ini program dari luar, awak perlu minta penjaga hantar awak ke Dewan......... bayarannya berjumlah RM75 merangkumi bahan dan makan minum. Sesiapa yang mak ayahnya boleh hantar dan berminat minta serahkan borang daftar dan duit pada cikgu kerana hari rabu cikgu akan serahkan duit tersebut."

Ok, itulah lebih kurangnya ayat cikgu. Yang penting amanah sudah dijalankan. Brosur juga habis diedarkan pada murid tahun 6 dan 5.. sesiapa yang nak lihat brosur tersebut dan agenda program cikgu akan upload ya.



Read More...

27.1.14

Hadiah Hari Jadi Murid Lagi

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini perhimpunan rasmi mingguan. Sekolah cikgu ada 3x perhimpunan seminggu.

Istimewanya hari ini guru besar telah beri hadiah hari jadi untuk murid yang lahir hari ini iaitu 26hb 2. Tetapi yang paling kelakarnya guru besar mengatakan dia akan menyebut dan memanggil beberapa orang murid yang telah membuat kesalahan besar!

Jadi semua murid dan guru tertanya-tanya.. hahahhaa..

Guru besar memanggil 4 orang murid ke hadapan. Dalam hati cikgu dah terdetik ini mungkin hari jadi murid. Sebab guru besar suka sangat beri hadiah pada hari jadi murid setelah program guru penyayang dilancarkan dahulu.

Lepas murid sudah kehadapan barulah guru besar mengucapkan selamat hari jadi. Kelakar apabila guru besar telah memberikan hadiah yang berupa biskut dan teh..hehehhee

Apa apapun murid sangat seronok. Cikgu pun seronok. Mesti murid tak sabar nak tunggu hari jadi masing-masing..




Read More...

25.1.14

Lawatan Dari FasiLinus PPD Pasir Gudang

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini  22 Januari 2013 disekolah kami didatangi oleh 3 orang FasiLinus dari PPD Pasir Gudang dan 2 FasiLinus PPD Kota Tinggi yang datang mengejut...

Kami menerima dengan senang hati. Dapat segera lakukan persiapan sekadar termampu kami. Kami menjemput mereka ke makmal komputer sekolah untuk mendengar taklimat dari Guru Besar. Cikgu Ali menerangkan perjalanan program linus di sekolah kami dan anugerah pencapaian yang telah dicapai sebelum ini.

Saya termasuk dalam AJK Linus juga. Jadi memang turut serta dalam makmal. Sempat juga membantu penyelaras linus turukan fail-fail linus ke makmal, susun hadiah plak yang penah dimenangi.

Kemudian seorang fasilinus bertanya kepada saya apa peranan saya selaku guru bimbingan dalam linus di sekolah.... saya pun jawab....hehehe

Kemudian kami bawa mereka lihat kawasan sekolah tapi tempat pertama yang mahu dilihat oleh mereka ialah Bilik Bimbingan!!!..huhuhuhuh... mereka nak lihat pondok clay therapy yang saya guna untuk murid didalam bimbingan berfokus... Ok takpa, kami pilah tengok bilik dan berlakulah sesi soal jawab.hehhehe..ternyata mereka sangat tertarik dengan pondok clay therapy ini. Alhamdulillah..  kemudian mereka dibawa ke bilik pemulihan, lorong galeri linus dan kelas linus tahun 1.

Diharapkan kedatangan para fasililnus ke sekolah kami dapat memberikan input yang banyak dan berguna yang boleh digunapakai apabila balik kelak..

Dibawah ini saya masukkan gambar lawatan di bilik saya sahaja ya...














Read More...

Program Motivasi Dan Akujanji Ibubapa Calon UPSR 2014

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua murid tahun 6 juga ibu bapa serta guru-guru. Acara tahunan yang wajib dilaksanakan iaitu akujanji murid terhadap diri, sekolah dan ibu bapa. Hari ini 23 Januari 2014 telah diadakan Program Motivasi Dan Akujanji Ibubapa Calon UPSR 2014. Seawal minggu lepas lagi cikgu dah edarkan surat lebih awal agar mudah ibu bapa mohon cuti dari majikan.

Aturcara hari ini:
-kata aluan dari pengacara
-Bacaan doa
-Ucapan Guru Besar
-Ceramah Motivasi Keibubapaan (En.Zayadi b Hassan, Pen.Peg. Pengurusan Murid)
-Program Akujanji
-Taklimat Ringkas dari SNB

Cikgu ambil alih slot Akujanji selepas rehat. Minta murid duduk bersama ibu ayah. Sebelum itu cikgu terangkan dahulu apa yang perlu anak lakukan. Ingat semula kesalahan yang pernah dilakukan agar dapat ikhlaskan diri untuk memohon maaf dari mak ayah. Kemudian cikgu jelaskan pula peranan ibu ayah agar dapat memaafkan kesilapan anak dan beri nasihat yang terbaik pada anak. Agar tiada halangan antara ibu ayah dengan anak-anak dalam mengecapi kejayaan anak mereka.

Didoakan agar seramai 89 orang anak-anak tahun 6 SKBM tahun 2014 ini berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR ini. Aminnnn
































Read More...