30.12.14

Pemantauan SPSK 2014

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog cikgu. Biasa hujung tahun sejak 5 tahun ni ialah pemantauan SPSK. Ini dah kira ok setahun sekali.. Tahun lepas 2 kali tau..boleh demam.huhuh

Sebelum ni cikgu hanya bawa fail induk PK13 je bawa turun.. dalam 3 tahun tu ok. Sekali tahun lepas dapat pemantau yang rigid...dah rezeki... walau bahan yang dia nak ada dalam fail induk dia tetap suh ambik fail lain ..bekejarlah turun naik bangunan tingkat 3 sebelah tu. Tapi bukan sekali. 3 kali tau kena ulang alik..huhuh..tobat!

Jadi kali ni cikgu bawa turun semua fail..senang.. emmmmm sekali satu fail pun pemantau yang ni tak tengok. Dia pandang je dan tengok fail induk je.. hohohohoho

Lain pemantau lain caranya ye tak. Tapi lebih puas hati kali ni bawa turun semua. cikgu-cikgu lain pun leh lah tengok fail kaunseling yang banyak ni.

Kandungan fail perlu update sentiasa dan pastikan mengikut piawaian SPSK. Semua borang, laporan pun mesti guna spsk pk13. Setakat ini dah masuk tahun ke 5 insyallah masih boleh mengikuti lagi.







Read More...

Jamuan Akhir Tahun 6 dan Penutupan Program Pasca UPSR

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum, berakhir sudah Program Selepa UPSR bagi  murid tahun 6 sesi 2014. Tahun depan adalah tahun terakhir UPSR. Cikgu msih belum tahu selepas itu masih adakah Program Selepas UPSR yang akan dijalankan.

Hari ini telah diraikan khas untuk murid tahun 6 dan guru-guru SKBM. Jamuan akhir tahun dan juga penutupan Program selepas UPSR diraikan didalam Majlis yang sangat meriah.

Agenda:
-Ucapan guru besar
-Ucapan wakil murid
-Pemberian hadiah sempena aktiviti program selepas upsr
-Jamuan makan

Menu hari ni cikgu oder special iaitu nasi jagung, ayam masak merah, dalca, buah pisang, air oren sejuk..hihihih

Sayang nak tinggalkan anak-anak tahun 6 yang sudah semakin rapat.





Read More...

Pasca UPSR-PKad Gergasi Tulisan Berangkai

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog cikgu. Cikgu update aktiviti program selepas UPSR ini dirumah kali ini. Curi-curi masa yang ada. huhuhu

kali ini cikgu bawakan aktiviti membina Kad Gergasi Tulisan Berangkai. Dan ucapan yang ditujukan khas kepada puan Hjh Zahara bt Md Noor iaitu GPK HEM SKBM yang bersara akhir tahun ini.  Hjh Zahara juga mengajar sivik bagi murid tahun 6.

Bahan yang murid sediakan:
-Malilakad
-Gam
-Gunting
-Kaler pensil
-Hiasan
-Kertas warna

Syaratnya murid perlu buat ucapan dengan tulisan berangkai. Haaaaa kan menarik tu.Ramai murid sekarang tak tahu apa itu tulisan berangkai dan bentuknya.
















Read More...

Pasca UPSR-Pertandingan futsal dan bola jaring

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? cikgu doakan moga diberi kesihatan yang baik, keluasan rezeki dan keluhuran budi yang ikhlas dalam mendidik anak bangsa.

Biasanya awal program selepas UPSR pastinya aktiviti sukan dahulu. Murid diberi 4-5 hari berlatih dan baru diadakan pertandingannya dan biasanya ambik masa 2 hari.

Kali ini cikgu pilih sukan bola futsal untuk murid lelaki dan bola jaring untuk murid perempuan.  Aktiviti sukan dibuat pada waktu pagi hingga rehat. Selepas rehat murid akan masuk kelas belajar seperti biasa.

Biasa hujung tahun cikgu banyak yang keluar bekursus dan tak cukup cikgu nak jaga kelas. Jadinya cikgu tak dapat banyak buat pilihan aktiviti melibatkan sukan. Hanya dua aktivti ini sahaja yang dapat dipilih kerana ketidakcukupan cikgu yang nak jadi hakim masa perlawanan nanti. Bola jaring dan futsal masing-masing ada dua hakim.

Yang penting murid dapat gunakan peluang dan bakat mereka yang mungkin sebelum ini kurang diketengahkan.

 









Read More...

Pasca UPSR-Wayang

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog cikgu. Moga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk terus dapat beribadah dan menjalani kehidupan ini dengan baik.

Untuk hari ini , program selepas UPSR diteruskan lagi dengan aktiviti WAYANG. Murid kena hasilkan wayang sebenar .

Bahan:
-kotak
-lampu picit
-gam
-soletip
-gambar haiwan
-lidi
-kertas minyak
-minyak makan
-warna

Ok tu saja, murid mulakan dengan bina kotak. tebuk kotak seperti contoh kertas yang diberi. Kemudian buat pula kertas minyak. Beralih kepada gambar haiwan pula dan lekatkan pada batang lidi.

Murid-murid memang sangat kreatif. masa yang diberi 3 jam tapi 1 jam 30 minit dah siap. Cikgu pun teruja. Lepas ni bagi soalan susah sikit lah.hihihi














Read More...

29.12.14

Pasca UPSR-Bina perkataan BI

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Diharap semua sihat belaka ya. Ni musim hujan, kena jaga kesihatan.

Untuk kali ini cikgu bawakan aktiviti bagi panitia bahasa inggeris pula. Oleh kerana sekarang sedang trend dan musim main getah bulat bewarna ni, jadi objek ini dijadikan alat untuk membina perkataan didalam bahasa inggeri. Perkataan diberi oleh guru panitia bahasa inggeris.  Alatan tambahan seperti gam, gunting, kertas keras dan hiasan tambahan.

Memandangkan sudah jadi trend getah ini, mudahlah bagi murid untuk membentuk getah dan jadikan ukuran panjang untuk bentukkannya seperti huruf. Lawa kan..

Ada juga murid yang bawa getah sendiri dari rumah. Macam-mcam bentuk getah ni rupanya. Bukan bulat sahaja tau. Ada bujur, ada bergerinjing...Yang penting murid dapat hasilkan menjadi bentuk perkataan.

Terus terang aktiviti sebegini mengundang minat murid untuk fokus.














Read More...