13.11.13

Motivasi Kepimpinan (Selepas UPSR)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? harap sihat lah ya. Dah nak hujung-hujung tahu ni makin banyak kerja yang perlu diselesaikan. Lebih-lebih lagi cikgu SU Perancangan Strategik Sekolah.

Ok, Hari ini cikgu buat aktiviti ceramah kepada murid tahun 6. Cikgu yang beri ceramah. Cikgu pilih tajuk kepimpinan melalui teladan. Lebih kepada kemenjadian murid. Macam mana nak tengok kemenjadian murid??? tengok hasilnyalah kan..kihkihkihhh

Cikgu beri pada 3 segmen:
1-ceramah kepimpinan
2-LDK berkumpulan
3-Pembentangan kumpulan

Macam biasa je kan. Tapi sepanjang 2 jam 30 minit berjalan cikgu dah beri mereka syarat:
1-Dalam kumpulan tidak boleh membantah dan mengeluarkan perkataan yang tidak elok kepada ahli kumpulan.
2-Semua ahli perlu diberi peluang bercakap walaupun ideanya tidak diterima
3-keputusan mesti sebulat suara.
4-pembentangan perlu semua bersuara dan ada kerja..

kita akan lihat hasilnya masa pembentangan dan sepanjang aktiviti berlangsung. Tak cukup syarat maka ahli kepada kumpulan tu tak menjadilah dan tak berkesanlah penyampaian kita pada dia..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan