12.9.13

Bacaan yasin ibu-ibu untuk anak upsr

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah hari ini selesai sudah peperiksaan UPSR. Murid lega cikgu pun lega. Tapi cikgu masih perlu mengatur aktiviti mereka hingga bulan 11.

Nak cerita, dari hari pertama UPSR hingga hari ketiga ni para ibu-ibu turut membacakan yasin sewaktu peperiksaan sedang berlangsung. Cikgu suka sangat. 3 hari ni cikgu tak miss untuk sama-sama membacakan yasin.

Terima kasih pada ibu-ibu yang hadir. Hari pertama 23 orang, hari kedua 38 orang dan hari ketiga 48 orang. Alhamdulillah!

Moga doa kita bersama dapat membantu anak-anak kita memperoleh keputusan yang cemerlang kelak..aminnn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan