28.8.13

Program Pecutan Akhir Siri 1

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harap semua sihat ya. Hari ini hari ahad. Cikgu masih disekolah. Minggu ni kerja 8 hari seminggu..

Hari ini murid tahun 6 ada program pecutan akhir bagi subjek math.. ahad depan pula bagi subjek bi sebelum diadakan peperiksaan percubaab kali kedua dan UPSR sebenar..

Hari ini ckgu kira 8 orang murid tidak hadir.. cikgu sudahpun talifon ibu bapa/penjaga yang anak mereka tidak hadir. Alhamdulillah ada ibu bapa yang hantar anaknya walau lambat. Tidak mengapa asalkan mereka dapat mengikuti aktiviti hari ini. Rugi sangat jika mereka tak hadir..

Hari ini fokus kepada subjek math sahaja.. Terima kasih pada cikgu-cikgu math yang sanggup bekorban meluangkan masa dihujung minggu demi anak-anak kita ini.. Harapnya keputusan yang cemerlang akan mereka perolehi..aminn

Cikgu harap ahad depan murid-murid dapat hadir 100% ya




Tiada ulasan:

Catat Ulasan