16.4.13

PETI CADANGAN

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.. Bagi menambahbaik perkhidmatan di bilik bimbingan dan kaunseling ini cikgu telah menyiapkan sebuah peti cadangan..hehehhe rasanya semua bilik bimbingan di seluruh negara ada peti cadangan..Cikgu je yang lambat buat..hehhe

Tapi cikgu hanya menghasilkan peti cadangan sendiri. Biasanya cikgu lihat peti cadangan di sekolah-sekolah lain ditempah dan cantik saja. Cikgu punya pula dibuat dari kotak terbuang, dibalut cantik-cantik..huhuhhu..

Cikgu letak peti cadangan ini diluar bilik bimbingan bagi memudahkan murid melihatnya. Di harap selepas ini murid-murid boleh memberikan cadangan untuk penambahbaikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan