16.4.13

PETI CADANGAN

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.. Bagi menambahbaik perkhidmatan di bilik bimbingan dan kaunseling ini cikgu telah menyiapkan sebuah peti cadangan..hehehhe rasanya semua bilik bimbingan di seluruh negara ada peti cadangan..Cikgu je yang lambat buat..hehhe

Tapi cikgu hanya menghasilkan peti cadangan sendiri. Biasanya cikgu lihat peti cadangan di sekolah-sekolah lain ditempah dan cantik saja. Cikgu punya pula dibuat dari kotak terbuang, dibalut cantik-cantik..huhuhhu..

Cikgu letak peti cadangan ini diluar bilik bimbingan bagi memudahkan murid melihatnya. Di harap selepas ini murid-murid boleh memberikan cadangan untuk penambahbaikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah...


Read More...

PERJUMPAAN GURU BNK DAN GURU DISIPLIN BERSAMA PENGAWAS

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini cikgu dan beberapa orang guru disiplin mengadakan perjumpaan bersama para pengawas..

 Antara agenda hari ini ialah:
-Kami membincangkan pemilihan beberapa muka baru dalam kepimpinan
-Jadual bertugas yang baru
-Meminta para pengawas datang ke tapak perhimpunan pada hari isnin, rabu dan jumaat lebih awal untuk mengangkat kerusi dan PA Sistem di setkan.
-Menerangkan beberapa lokasi yang dijadikan tempat larangan bagi murid-murid pada waktu rehat.
-Menegur pengawas yang tidak menjalankan tugas dan mengingatkan akan tanggungjawab dan amanah yang diberi kepada mereka.

Semoga barisan pengawas pada tahun ini berjaya menjalakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi..





Read More...

MODUL PSIKOSOSIAL (Komunikasi Berkesan)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada smeua pembaca blog cikgu. Apa khabar hari ini? Moga semuanya sihat ya.

Hari ini cikgu masuk ke kelas tahun 3 Arif... Cikgu laksana bimbingan psikososial iaitu kemahiran komunikasi yang berkesan. Ada murid yang pasif di dalam kelas. Ada pula yang sangat kepoh..huhuhuh.... ada pula yang berat mulut nak bertanya dengan cikgu soalan yang tidak difahami.. ada yang takut..

Jadinya cikgu menerangkan secara ringkas betapa ruginya andai mereka menghadapi masalah komunikasi seperti:
-Tertinggal ilmu pengetahuan
-Kesukaran berkawan
-Tidak ramai kawan
-Tidak dapat mengawal diri apabila berada di kelompok yang besar
-Tidak boleh berdikari sendiri

Setelah itu cikgu menunjuk ajar bagaimana cara kita mahu berkomunikasi contohnya:
-Meminta tolong
-Beri bantuan
-Bertanya soalan yang tidak difahami

Kemudian cikgu meminta murid memilih rakan disebelah. Jadinya ada 2 oranglah. Mereka perlu berlakon satu situasi yang cikgu arahkan dan lakonkan...contohnya:
-babak menegur  kawan yang suka ponteng
-babak mengajak rakan ke kantin
-babak meminjam alat tulis rakan

Cikgu memberi mereka masa untuk melakonkan babak tersebut selama 2 minit sahaja dihadapan kelas.. Alhamdulillah mereka dapat laksanakan dengan baik. Rugi pula tidak ambil video...








Read More...

WAJAH BILIK PENGURUSANKU

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Em..rasanya cikgu belum pernah menunjukkan bilik pengurusan cikgu bagaimana kan?

Bilik ini simple sahaja..takda banyak barang-barang hiasan pun sebab nama pun bilik pengurusan.Penuh dengan fail sahajalah..

Cikgu takda nak hias lebih-lebih. Yang penting fail tersusun kemas dan teratur.Memudahkan kita juga nanti jika ada pemantauan mengejut..hehehhee...ni sebenarnya dek kekesalam tahun lepas masa pemantauan mengejut terlupa mana letaknya fail meja padahal fail tu sebenarnya ada dalam meja je..pegawai dah balik baru jumpa...geram rasa dengan diri ini..cewahhh...

Sebab tulah sekarang cikgu nak pastikan apa pun fail mesti ada depan mata...





Read More...

PERSOALAN KERJAYA DARI MURID

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Moga sihat hendaknya. Cikgu rasa ramai guru kaunseling yang mempunyai bahan untuk kerjaya kan? ada poster kerjaya, ada permainan, ada patung-patung..macam-macamlah..

Hari ini pada waktu rehat ada murid yang datang ke bilik cikgu untuk bertanyakan tentang kerjaya menjadi seorang askar dan polis...

SI A: Cikgu best tak jadi askar? saya nak jadi askar.Nak lawan macam kat Lahad Datu tu
SI B:Polis lah yang best. Kerja tak susah macam askar..Askar kena masuk hutan.
SI A: Aku nak jadi askar. Kau nak jadi polis jadilah, sibuk aje.
SI B: Suka hati akulah.

Itulah senarionya yang berlaku dibilik cikgu tadi..hahahaaa..kelakor je bertegang urat si cilik berdua ni.
CIkgu pun memberi penerangan ringkas skop kerjaya seorang askar dan polis agar mereka faham. Cikgu tak terang macam mana nak jadi..tapi cikgu hanya terangkan skop pekerjaan sahaja.. kerana pada umur mereka ini mereka perlu faham tentang senario alam pekerjaan tersebut..

Kemudian cikgu beri mereka patung-patung askar, alatan senjata askar dan polis.. Cikgu beri mereka masa dan biarkan mereka bermain dengan alatan tersebut.. kelakarlah macam-macam perbualan keluar diantara mereka ...





Read More...

MEMO dari murid untuk cikgu

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar hari ini? sama-samalah kita menjaga kesihatan ya.

Nampaknya MEMO yang cikgu buat di bilik bimbingan sudah penuh!!
Rasanya macam masih baru je buat dan bubuh di situ..huhuhu... Apa pun terima kasih murid-murid yang datang bilik cikgu dan letak memo. Memang tak perasan, sekali tengok je dah penuh. Entah bilalah mereka menulisnya.

Tapi cikgu happy... (^_^)






Read More...

PONDOK THERAPY SIPUT

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini cikgu nak memperkenalkan Pondok Therapy Siput..hehehhee..

Apakah fungsi pondok ini?
Cikgu jadikan sebagai tempat therapy siput.. budak kecik kan suka bendalah macam ni..hahhaa
Pondok ini digunakan hanya untuk bimbingan  kelompok berfokus  sahaja. Game siput cikgu perkenalkan..hehhe.. tapi ada juga watak-watak yang lain. Murid boleh membuat pilihan. Keselesaan murid lebih penting.

Bagaimana game siput itu memainkan peranan?
Adalahhhhhh...kena berguru dengan saya dulu...kihkihkih (tetiba nak kedekut)






Read More...

MODUL AKADEMIK (Melupakan dan mengingatkan)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini cikgu masuk ke kelas 5 Cerdas. Cikgu laksana bimbingan akademik. Cikgu dah pilih tajuk ringkas iaitu MELUPAKAN DAN MENGINGATKAN..

Seperti biasa sebelum malkukan aktiviti LDK cikgu akan beri penerangan yang jelas apakah itu melupakan dan mengingatkan. Sebenarnya ia lebih kepada perkara yang boleh menyebabkan lupa dan perkara yang membantu daya ingatan..

Contohnya:
Perkara yang boleh menyebabkan lupa
-Makanan (Organ dalaman haiwan)
-Islamic (Membaca tulisan di batu nisan dan melihat tanda salib)
-Kesihatan (Meminum minuman yang mengandungi semut)
-lain-lain

Perkara yang boleh membantu daya ingatan
-Makanan (Kismis, madu, susu)
-Islamic (amalan doa harian)
-Kesihatan (Bersukan)
-lain-lain

Setelah cikgu menerangkan dengan ringkas dan murid-murid sudah faham, cikgu meminta murid mengulang semula maklumat tersebut. Sebenarnya saja nak tahu mereka benar-benar faham atau tidak.

Alhamdulillah nampaknya mereka faham!..hehehhe..





















 











Read More...