16.3.13

KURSUS KEPIMPINAN FASA 1

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum semua pembaca blog cikgu. Hari tu sekolah sudah laksana majlis perlantikan pengawas, jadi kali ni pengawas-pengawas akan menjalani kursus kepimpinan.

Sekolah mengadakan kursus kepimpinan 2 kali iaitu fasa pertama dan fasa kedua. Ini adalah fasa pertama.

Untuk fasa pertama, cikgu adakan di Kolej komuniti. Di sini ada pensyarah yang menyampaikan ceramah kepimpinan dan beberapa aktiviti LDK.

Alhamdulillah murid nampaknya seronok dan dapat memberi kerjasama yang baik sepanjang perogram berlangsung. Mereka dapat membentangkan hasil kerja dengan baik.

Moga apa yang kita pelajari hari ini dapat dijadikan panduan dan asas untuk menjadi pemimpin murid..
Terima kasih kepada Kolej Komuniti atas kerjasama yang diberikan. Berjumpa lagi kita dihujung tahun ya untuk program selepas UPSR.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan