16.3.13

CERAMAH KEMAHIRAN BELAJAR

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum dan selamat petang. Hari ni tukar petang pula update blog..pagi tadi cikgu adakan ceramah kemahiran belajar. Khusus untuk murid tahun 6 arif, 6 bestari dan 6 cerdas.

Cikgu buat awal sebab tak nak menggangu waktu mereka selepas habis ujian ni. Pada awal tahun ni lah mereka perlu tahu dan melengkapkan diri dengan kemahiran belajar yang betul. Cikgu tekankan pada:

-kemahiran mendengar
-kemahiran mengingat
-kemahiran mencatat nota
-kemahiran membaca
-kemahiran mengurus masa

Cikgu juga mengajar murid-murid bagaimana membuat peta minda dan menyediakan poket book.. alhamdulilah sekali ajar sahaja mereka sudah faham.. cantik-cantik peta minda mereka..

Ada 2 LDK yang cikgu selingkan dalam ceramah ini..
-Ikrar saya (murid menulis ikrar-10 janji yang perlu tandatangan saya)
-Saya sudah mahir ( murid berbaris dalam kumpulan, bergilir-gilir menghafal perkataan yang diberi dan menyatakan pada rakan lain)









Read More...

KURSUS KEPIMPINAN FASA 1

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum semua pembaca blog cikgu. Hari tu sekolah sudah laksana majlis perlantikan pengawas, jadi kali ni pengawas-pengawas akan menjalani kursus kepimpinan.

Sekolah mengadakan kursus kepimpinan 2 kali iaitu fasa pertama dan fasa kedua. Ini adalah fasa pertama.

Untuk fasa pertama, cikgu adakan di Kolej komuniti. Di sini ada pensyarah yang menyampaikan ceramah kepimpinan dan beberapa aktiviti LDK.

Alhamdulillah murid nampaknya seronok dan dapat memberi kerjasama yang baik sepanjang perogram berlangsung. Mereka dapat membentangkan hasil kerja dengan baik.

Moga apa yang kita pelajari hari ini dapat dijadikan panduan dan asas untuk menjadi pemimpin murid..
Terima kasih kepada Kolej Komuniti atas kerjasama yang diberikan. Berjumpa lagi kita dihujung tahun ya untuk program selepas UPSR.














Read More...

PROGRAM MENYAMBUT KEDATANGAN MURID/PENJAGA (GURU PENYAYANG)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Ini adalah program awal persekolahan. Masa sesi hari pertama naik sekolah...

Guru-guru dibahagikan kepada 2 tempat:
-pintu pagar hadapan
-pintu pagar belakang

Guru-guru akan menyambut kehadiran murid dan penjaga ke sekolah. Penjaga juga dibenarkan untuk menghantar anak ke kelas bagi murid tahun 1 dan pra sekolah.

Aktiviti sebegini lebih merapatkan lagi hubungan guru dengan ibu bapa. Secara tak langsung murid akan rasa dirinya dihargai.

Marilah bersekolah di sekolah cikgu! hehhehee













Read More...

PERLANTIKAN PENGAWAS

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Pagi ku cerahku
Matahari bersinar
Ku gendong tas merahmku
Di pundak
Selamat pagi semua....

sambung-sambung..hehhe nilah lagu pembakar semangat cikgu.. lagu dari sebuah filem indonesia..Cuba teka filem apa?????

Hari ini perlantikan pengawas, ketua darjah, pen.ketua darjah juga pustakawan.

Dirasmikan oleh guru besar, bacaan ikrar bakal-bakal pemimpin negara..
Moga semua pengawas dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan jayanya. Ingat ya anak-anakku... KERJA ITU IBADAH..

-Kamu role model murid lain
-kami membantu perjalanan sekolah

TERUS TERBILANG













Read More...

PROGRAM AKUJANJI CALON UPSR DAN IBU BAPA 2013

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? sihat semua?

Sekolah cikgu hari ni buat program akujanji. Memang tiap tahun buat. Rasanya semua sekolah rendang akan buat perkara yang sama kan? heheheee

Untuk ibu bapa pada kali ini cikgu panggil Cikgu Arsyad yang juga merupakan guru di sekolah cikgu. Kenapa cikgu minta c.arsyad yang beri ceramah?

1-Cikgu Arsyad merupakan Orang Kurang Upaya Cacat Penglihatan
2-Cikgu Arsyad ada Master!
3-Cikgu Arsyad pelajar terbaik SPM Kategori Orang Kurang Upaya (Tahun cikgu tak ingat..hehe)
5-Cikgu Arsyad mempunyai celik akal yang tinggi
6-Cikgu Arshad sangat islamic

hehheeee... itulah penyebabnya cikgu minta cikgu Arsyad memberikan ceramah pada kali ini bagi celik akal sikit pada murid-murid tahun 6 ni..Hehehhee..

Ceramah Cikgu Arsyad memang bagus. ZCikgu pun rasa sebak bila mendengar perjalanan hidup cikgu Arsyad dalam memastikan dirinya tidak tertinggal dalam pelajaran..

Secara kebetulan waktu program berlangsung ada pihak dari (Ops time nilah terlupa) alah yang aktifkan otak kanan dan kiri tu..haaaa...yang tulah datang ke sekolah nak minta izin edar pamplet pada murid. Jadi saya pun panggil lah sekali untuk buat demo pada ibu bapa..hehheeee












Read More...