4.7.12

PRS (Isu Mat Rempit)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harapan cikgu semua sihat-sihat ya.

Ok, cikgu nak berkongsi sesuatu dengan semua. Perhimpunan hari ni cikgu minta wakil PRS untuk berucap dan mengulas isu hangat "MAT REMPIT". Ini semua gara-gara cikgu dapat makluman ada murid yang terlibat dengan gejala tidak sihat ini. Insyallah dalam masa terdekat cikgu akan siasat hal ini.

Tetapi cikgu juga mahu menegur semua murid-murid bukan sahaja menjurus kepada individu. Oleh kerana itu, PRS tampil kehadapan dan berkongsi dengan murid-murid apa itu rempit dan kesannya. Diharapkan isu yang sudah diulas oleh adik Anis Syafikah hari ini dapat dijadikan teguran membina dan nasihat yang boleh diambil pengajaran. Insyallah pada kesempatan yang lain pula cikgu akan minta wakil PRS lain untuk kehadapan bagi mengulas isu vandalisma...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan