3.7.12

MODUL PSIKOSOSIAL (Bom Jangka)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.. Apa khabar semua? diharap semua sihat ya.

Ok, hari ini cikgu masuk ke kelas 4 Bestari. Sebelum tu semalam cikgu dah fikir da andainya hari ni cikgu dapat kelas tahun 4 cikgu nak buat LDK Bom Jangka!

Haa...cuba teka.

Jom tengok bahan-bahannya:
-radio
-kotak
-kertas bertulis
*Tolong senyum selama 1 minit
*Saya tahu awak orang kaya. Cuba jalan macam gaya orang kaya.
*Sila bunyikan suara kucing marah, kucing manja, dan kucing nak minta makan
*Sila Jogging setempat sehingga dengar arahan berhenti
*Bersalam sambil meminta maaf sesama jantina

Langkah-langkahnya:
-Beri kotak yang berisi nota kecil kepada murid
-Bunyikan lagu
-Murid memberikan kotak kepada rakan lain bergilir-gilir sehingga muzik diberhentikan.
-Apabila muzik berhenti murid yang memegang kotak perlu mengambil helaian nota dan membacanya dengan kuat
-Murid membuat aksi mengikut arahan di helaian nota

Objektif:
-Membina keyakinan diri murid untuk berkomunikasi















Tiada ulasan:

Catat Ulasan