17.6.12

MODUL SAHSIAH DIRI (Graf kehidupanku)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semu pembaca blog cikgu..apa khabar semua? harap sihat ya. Sama-samalah kita saling berdoa.

Cikgu nak ceritakan tentang modul yang cikgu buat sewaktu di kelas  4 Bestari. Cikgu telah pilih modul sahsiah diri. Urm..senang aja..cikgu memang biasa buat modul aktiviti ni dan cikgu pun suke tukar-tukar tajuk LDK ni sedangkan modulnya sama..hehheheeeee..sesajaa...

Baiklah. namanya F=Graf kehidupanku..Rasanya kelas Tahun 6 semua cikgu dah buat..ni cikgu try pula kelas tahun 4 tapi cikgu murnikan lagi modul ni..

Bahan-bahan:
-Kertas A4
-Pembaris
-Pensil

langkah-langkah:
-Cikgu menunjukkan dihadapan kelas cara melukis graf beserta tahun dan umur. (rujuk gambar murid nanti)
-Minta murid berfikir dan renung semula kisah-kisah yang pernah berlaku sepanjang hidupnya mengikut tahun. Perkara sedih/menyayat hati/kesakitan semua peratusnya menurun manakalan kisah yang menggembirakan peratusnya akan naik
-Kemudian sambung garisan dari peratus mengikut umur dan tahun.
-Pilih secara rawak murid yang akan menceritakan graf kehidupannya dan tanya kenapa menurun drastik dan menaik atau zigzag..


Haaaa.biasanya kat sinilah timbulnya cerita-cerita baru tentang murid. barulah cikgu tahu ada murid yang pernah operation, ada yang pernah kemalangan teruk dan ada juga yang penah kena buli sampai takda sorang kawan pun. Melalui graf ini kita boleh cungkil masalah murid..pastu tariklah buat sesi!!!! heheeee









Tiada ulasan:

Catat Ulasan