17.6.12

MODUL KEPIMPINAN (Belon Pelangi)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.. harap kita semua berada di bawah lindungan-NYA..
aminn

Sebelum cikgu nak cerita Modul yang cikgu laksanakan di dalam kelas, cikgu nak ceritakan satu cerita..hehehe..cerita..cecerita..

oleh kerana Bilik Bimbingan Kaunseling berada di bangunan baru dan tingkat 3 pastinya sunyi dan agak jauh. Aras3 yang guna hanya bilik BNK dan bilik j-Qaf..Bilik muzik sangatlah jarang guna..tinggikan aras 3, jauh pula tu dari kelas bangunan lama. Nak dijadikan cerita, oleh kerana bila cikgu duduk dalam bilik tu bunyi macam-macam so cikgu rasa daripada dibiarkan begitu baiklah cikgu bawa murid-murid laksanakan kelas bimbingan di bilik BNK.. so, murid kenalah jalan siket..heheheh .. sebab biasanya kelas bimbingan cikgu akan buat di kelas atau di tapak badminton.So misi untuk tahun ini segala aktiviti modul bimbingan cikgu akan laksanakan di dalam bilik BNK ataupun di koridor!..hahahaaaaa.. eh..koridor cikgu luas tau.

Kembali semual kepada modul kepimpinan cikgu.. nsma LDK ni Belon pelangi.sama macam kelas mana ye cikgu sudah buat..hehehe lupa pula. Ohhh kelas 4 Arif.. dulu cikgu namakan belon idaman..sekarang belon pelangi pula.. Now cikgu laksanakan bersama kelas 5 Arif.hehhee..jangan pening-pening..sabor.. cuma di 4 Arif cikgu murnikan dengan bahagikan murid ikut "aras" mereka.


bahan-bahan:
-5 belon berwarna hijau, merah,biru,kuning, hitam dan oren
-10 batang straw

Langkah-langkahnya:
-Bahagikan murid kepada 5 kumpulan. Duduk dalam barisan.
-Maklumkan pada murid masa diberi berapa minit untuk sampai kepada murid yang terakhir.Berikan alasan jika masa yang diberi tidak dipatuhi.
-ketua dihadapan diberi satu belon dan 1 straw.Straw lagi satu untuk murid no 2.

Objektif:
-Murid mematuhi masa yang ditetapkan dengan memastikan belon diperolehi dengan baik tanpa bermain-main.
-Murid bekerjasama dalam kumpulan 













Tiada ulasan:

Catat Ulasan