10.6.12

MODUL BIMBINGAN AKADEMIK (Belon Idaman)-Pengurusan Masa

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini mendung sahaja di sekolah. Mulanya cikgu ingat nak buat Modul di tapak bekas kantin lama tu tapi melihat keadaan cuaca yang tak berapa baik cikgu laksanakan di kelas sahaja. Jadi, masuk je kelas cikgu dah minta murid-murid kosongkan bahagian depan kelas dan anjakkan kerusi meja ke belakang sedikit.

Nama Modul ini ialah Belon Idaman. Ianya berkaitan dengan pengurusan masa. Cikgu nak lihat bagaimana murid-murid menggunakan masa yang diberikan dengan sebaiknya. kebiasannya aktiviti yang melibatkan pengurusan masa ini diadakan seperti buat jadual, kira-kira dan sebagainya..tetapi kali ni cikgu ubah.Nama pun pengurusan masa.Jadi cikgu ubah kepada berbentuk game sedikit (p/s:budak-budak kan) hehehee..
yang penting bagaimana murid mengurus masa itu yang penting.

Ok, bahan-bahan:
-5 belon berwarna hijau, merah,biru,kuning, hitam dan oren
-10 batang straw

Langkah-langkahnya:
-Bahagikan murid kepada 5 kumpulan. Duduk dalam barisan.
-Maklumkan pada murid masa diberi berapa minit untuk sampai kepada murid yang terakhir.Berikan alasan jika masa yang diberi tidak dipatuhi.
-ketua dihadapan diberi satu belon dan 1 straw.Straw lagi satu untuk murid no 2.

Objektif:
-Murid mematuhi masa yang ditetapkan dengan memastikan belon diperolehi dengan baik tanpa bermain-main.
-Murid bekerjasama dalam kumpulan














Tiada ulasan:

Catat Ulasan