18.4.12

PROGRAM TWIN SCHOOL ANTARA SEKOLAH KOTA TINGGI DENGAN SEKOLAH KOTA DUMAI

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada anak-anak yang cikgu kasihi.Apa khabar? tekak cikgu tak berapa baik selepas balik dari Kota Dumai.Perubahan cuaca agaknya. Moga tak berpanjangan..

Majlis Guru Besar Kota Tinggi telah melaksanakan 1 program yang melibatkan guru-guru di Kota Dumai indonesia. Sekolah cikgu terlibat dimana Guru Besar, cikgu dan seorang murid iaitu Norhafizah Khairudin telah turut sama menyertai. Program ini diadakan pada cuti sekolah bulan Mac yang lepas.

Program Serumpun ini telah mengeratkan lagi pendidikan Kota Dumai dengan Kota Tinggi. Cikgu bersama murid cikgu telah mendapat sekolah angkat.. SD Negeri 004 Teluk Binjai Dumai Timur. Pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya:

-Guru dan murid diberikan sekolah angkat dan melaksanakan aktiviti di sekolah tersebut (cikgu sempat masuk ke kelas memberikan motivasi dan LDK. Malah mengambil peluang untuk memberi motivasi sewaktu perhimpunan. Sempat juga melatih murid berzapin gabungan murid cikgu dengan murid SK 004 Teluk Binjai)


-Lawatan penanda aras ke sekolah-sekolah terpilih


-Memorendum penyerahan sekolah


-Aktiviti kebudayaan


-Seminar


-Pertandingan Lumba Cerita dan puisi

Semoga rumpun MELAYU diantara Kota Dumai dan Kota Tinggi terjalin ke akhir hayat.












































































































































































































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan