Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)
Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar hari ini? Harap semuanya sihat dan ceria selalu (^_^)
Hari ini 19/3/2012 (Khamis) ada Program Bicara Akademik UPPM 1 di sekolah cikgu. Semua ibu bapa murid tahun 6 Arif dan tahun 6 Bestari dijemput hadir. Namun demikian Bicara Akademik ini terbahagi kepada 2 sesi iaitu:
7.30am-10.00am – 6 Arif
10.30am-1.00pm - 6 Bestari
Program ini membicarakan keputusan UPPM 1 yang baru diduduki oleh murid tahun 6. Guru-guru bagi subjek teras juga melaporkan keputusan murid dan membincangkan kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi bag meningkatkan lagi mutu akademik murid-murid. Berlaku juga soal jawab di antara ibu bapa dan guru.
Mari kita sama-sama lihat suasana sepanjang program ini berlangsung (^_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan