2.2.12

PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAANDAN AKUJANJI CALON UPSR 2012

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)
Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Moga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk terus melaksanakan suruhanNYA..

Hari ini 2hb2, 2012 (Khamis) telah diakan Program Motivasi Dan Akujanji Calon UPSR 2012. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang hadir untuk sama-sama memperolehi input yang diberikan oleh pihak sekolah. Berikut adalah pengisian program:

-Bacaan Doa
-Ucapan Guru Besar
-Ucapan YDP PIBG
-Ceramah oleh Encik Fakrulnizar dari Kolej Komuniti Bandar Penawar
-Rehat
-Majlis Akujanji
-Taklimat ringkas oleh FERMINA

Diharapkan murid-murid calon UPSR 2012 tahun ini menjadi lebih berkeyakinan, lebih bersemangat, dan lebih berdaya saing. Ingatlah pada janji yang telah kamu patrikan dihadapan ibu bapa dan guru-guru..

InsyaALLAH 5A dalam genggaman!!!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan