20.2.12

MAJLIS PERASMIAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH 2012

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini di suatu pagi yang mendung-mendung macam nak hujan tapi alhamdulillah mujur mendung berlalu dan mentari menyerlahkan dirinya..hehehhee... Perhimpunan pagi ini diserikan dengan Majlis Perasmian Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah bagi tahun 2012.

Berikut aturcara majlis:
-Bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Pn.Hjh. Zahara bt Md Noor
-Persembahan wakil murid oleh adik Siti Khadijah dari 1 Arif
-Bacaan ikrar oleh wakil murid iaitu adik Muhammad Luqman.
-Pesanan dan ingatan berkaitan info dadah yg disampaikan oleh guru besar

Sepanjang 20-25hb ini akan diadakan pertandingan:
-Poster bagi murid tahun 5 dan 6
-Teka silang kata bagi murid tahun 4
-Mewarna bagi murid tahun 1,2 dan 3
-Memotong dan menampal gambar bagi murid pra sekolah dan PKBP
-Kuiz pada perhimpunan hari rabu dan jumaat
-Pameran di lorong dan galeri dadah

Moga warga sekolah SKBM hidup sejahtera tandap dadah!  aminnnn...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan