SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN :
Program ini akan ditawarkan di sekolah-sekolah berikut :
Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan, Gemencheh (LELAKI SAHAJA)Maahad Ahmadi Negeri Sembilan, Gemencheh (LELAKI SAHAJA)Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, Selaru (PEREMPUAN SAHAJA)
- Calon, ibu dan bapa hendaklah WARGANEGARA MALAYSIA.
- Calon adalah ANAK KELAHIRAN NEGERI SEMBILAN.
- Ibu atau bapa kepada calon adalah KELAHIRAN NEGERI SEMBILAN.
- Ibu dan bapa yang BUKAN KELAHIRAN NEGERI SEMBILAN tetapi telahBERMASTAUTIN TIDAK KURANG DARI 7 TAHUN di Negeri Sembilan boleh memohon.
- Calon terdiri daripada pelajar LELAKI DAN PEREMPUAN.
- Calon mendapat sekurang-kurangnya 4A 1B dalam peperiksaan UPSR 2011 dan4A 4B dalam keputusan UPKK/UPSRA di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama Rakyat Negeri Sembilan sahaja.
- Calon mesti boleh membaca Al-Quran, menulis dan membaca jawi dengan baik.
- Calon hendaklah LULUS dalam UJIAN BERTULIS dan UJIAN MEMBACA AL-QURAN yang akan diadakan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada masa yang akan ditentukan kemudian.
- Calon yang berjaya DIWAJIBKAN meneruskan pengajian sehingga ke peringkat DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN.
- Calon juga hendaklah MELEPASI SEMUA UJIAN dalam "Kursus Intensif Kelayakan" yang akan diadakan selama 3 hari 2 malam di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan [ITQAN] pada masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
14 Hari (2 Minggu) selepas keputusan UPSR diumumkan
BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DI :
Bahagian Pelajaran,Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan,
Telefon : 06-767 2825/2985/2831
* Sila bawa slip keputusan UPSR 2011 bersama semasa mengambil borang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan