Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)
Asalamualaikum dan salam mesra seisi alam kepada murid-murid cikgu. Apa khabar anda semua? moga kita sentiasa menjadi insan cemerlang hari ini dan hari-hari seterusnya.
Alhamdulillah hari ini 17/11/2011 (khamis) keputusan UPSR telah keluar dan diumumkan di dewan sekolah cikgu. Pastinya bukan sahaja perasana murid-murid yang cemas, resah, gelisah tetapi juga sudah pasti guru-guru setiap mata pelajaran lebih gundah gulana...
5A: 11 orang
4A 1B : 14 orang
Ada yang menangis, ada yang senyum penuh gembira dan ada yang termenung. Itu yang cikgu dapat lihat di wajah kamu semua. Walau apa pun keputusan kamu sama ada kurang bernasib baik atau berjaya itulah kemampuan kamu. Masih panjang lagi langkah kamu kerana itu jangan putus asa dan jangan putus berharap untuk terus berjaya. Jadikan keputusan hari ini sebagai pemangkin azimat buat diri kamu.Setiap insan berhak untuk merasai kejayaan dan kebahagiaan. Jika bukan hari ini pasti esok lusa bahkan 3,4 tahun lagi. ALLAH itu Maha Adil murid-muridku. Usaha..dan lebih usaha..Lipat gandakan usaha kamu semua. InsyaALLAH cikgu doakan impian kamu akan berjaya untuk PMR kelak..
Tahniah kepada yang berjaya. Jadikan ini sebagai kejayaan pertama kamu untuk terus melangkah ke menara.
Berusaha kepada yang kurang bernasib baik. Nasib kamu akan terbela suatu hari nanti sesuai dengan kemampuan yang kamu tunjukkan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan