Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)
Keputusan permohonan KRK boleh disemak di laman web Jabatan Pelajaran Negeri mulai 21 Disember 2011 dengan menggunakan angka giliran UPSR pemohon. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah melalui sekolah asal pemohon.
Kelas Rancangan Khas (KRK) diwujudkan di sekolah menengah harian sebagai satu alternatif kepada murid-murid lepasan UPSR dari sekolah sekolah kerajaan yang mendapat keputusan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam kokurikulum tetapi tidak mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Ini memandangkan tempat di SBP adalah amat terhad dan tidak dapat menampung kesemua murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Melalui Kelas Rancangan Khas @ KRK ini adalah diharapkan kecemerlangan murid-murid ini akan dapat diteruskan serta dapat membawa iklim yang positif kepada warga sekolah demi menjayakan aspirasi kerajaan untuk membina modal insan berminda kelas pertama.
Syarat
- Warganegara Malaysia
- Murid Tahun Enam yang layak dan berminat dari Sekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran di negeri sekolah pemohon.
- Mendapat sekurang-kurangnya 4A 1B dan lulus PAFA dalam UPSR 2011. (Sains dan Matematik mesti mendapat kelulusan A).
Permohonan
- Permohonan dibuka mulai pada hari keputusan UPSR diumumkan.
- Borang Permohonan Masuk ke TIngkatan Satu Kelas Rancangan Khas (KRK) Tahun 2012 boleh diperolehi di sekolah asal murid atau dimuat turun di laman web Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah.
- Sertakan salinan Sijil Kelahiran, Keputusan UPSR serta salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa pemohon yang telah disahkan.
Senarai Sekolah
Senarai sekolah yang ada menawarkan Kelas Rancangan Khas (KRK) ini boleh disemak melalui sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
Tarikh Tutup
- Tarikh tutup permohonan adalah dua minggu selepas keputusan peperiksaan UPSR tahun 2011 diumumkan.
- Permohonan lewat tidak akan dilayan