12.9.11

MESYUARAT PROGRAM SELEPAS UPSR 2011

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Tadi selepas waktu sekolah (12/9/2011 pukul 1.15) telah diadakan mesyuarat bersama AJK yang terlibat dalam program selepas UPSR. Pelbagai program telah diatur selama 9 minggu sebelum murid tahun 6 menamatkan persekolahan mereka. Diharapkan semua AJK dapat memberi kerjasama dan dapat memainkan peranan dalam tugasan yang telah diberikan. Terima kasih di atas idea dan penambah baikan yang diberikan pada mesyuarat tadi. Cikgu juga mohon diberi tunjuk ajar jika ada kesilapan atau kekurangan memandangkan program ini pertama kali cikgu laksanakan. Program akan bermula pada 19/9/2011 dan tamat pada 18/1/2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan