Asalamualaikum..
Hari ini 24 Ogos 2011 (Rabu) telah diadakan Program Dari Kalbu Ke Kalbu bagi ibu bapa murid kelas 6 Bestari. Program bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 12 tengah hari.
Program ini diadakan bertujuan untuk membincangkan akademik anak-anak mereka dan taklimat persediaan ibu bapa untuk anak-anak yang bakal mengambil UPSR 2011 ini. Banyak tips-tips yang diberikan oleh Tuan guru Besar untuk dikongsi bersama ibu bapa.
Program turut diselitkan dengan penerangan dari guru-guru mata pelajaran masing-masing. Ibu bapa digalakkan untuk bersoal jawab dan bertanyakan prestasi anak-anak mereka.
Program turut dihadiri Pegawai PPD dan Wakil PIBG. Mereka turut berucap dan menyatakan rasa tanggungjawab sebagai ibu bapa sangat penting bagi memastikan pencapaian anak-anak mereka.
Fail yang mengandungi soalan-soalan turut diberikan agar anak-anak dapat membuat ulangkaji di masa cuti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan