22.8.11

PRA-PERSEMBAHAN PERTUTURAN BERIRAMA

Asalamualaikum semua.. hari ini 22 Ogos 2011 (Isnin) telah diadakan persembahan pra bagi pertuturan berirama. Murid-murid kendalian cikgu seramai 31 orang telah membuat persembahan dihadapan guru-guru dan murid-murid.Tujuannya ialah bagi menanm semangat dan keyakinan dalam diri murid-murid ini sebelum pertandingan dijalankan. Dijangka pertandingan peringkat daerah ini diadakan pada 24 Ogos 2011 (Rabu) bertempat di sekolah kita.

Jadi, pentas sekolah akan digunakan untuk pertandingan ini. Penghakiman dilakukan secara bergerak. Diharapkan percubaan pertama sekolah kita menghantar wakil bagi pertuturan berirama ini dapat menambahkan kemahiran dan pengalaman murid-murid agar dapat dibawa ke tahun hadapan.

Mari kita saksikan aksi murid-murid cikgu (^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan