Salam semua.. apa kabar?
Diharap semua sihat ya. Semoga bulan mulia ini dapat menjadikan kita hamba ALLAH yang lebih kuat beramal dan sabar dalam menghadapi ujianNYA..
Baiklah, cikgu nak beritahu hari ini (22 Ogos 2011-Isnin) telah diadakan CERAMAH PERSEDIAAN MENGHADAPI UPSR. InsyaALLAH cikgu akan laksanakan selama 2 hari. Hari ini cikgu terjah dulu kelas 6 Arif..hehehe
Program ini dijalankan sebagai persediaan bagi murid-murid sebelum mereka berperang..heheh.. Bukan apa, pihak sekolah mahukan murid tahun 6 tidak berasa stress dan terlalu memikirkan peperiksaan sahaja. Jadi program ini diharap dapat beri mereka kelegaan dan berlapang dada sebentar dari mengingati peperiksaan yang bakal tiba.
Ok, antara aktiviti yang cikgu jalankan ialah:
-Urutan stress
-Membuat Smart Pocket
-Perkongsian pengalaman di sekolah berasrama dan persediaan di dewan peperiksaan
-Nyanyian lagu terima kasih guru
Masa yang cikgu ambil hanya 1 jam. Jadi ini antara aktiviti yang sempat cikgu laksanakan. Diharap murid kelas 6 Arif seronok dan cikgu dapat mencuri masa mereka dan melarikan pemikiran mereka dari berasa tertekan dengan peperiksaan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan