Salam ceria dan salam 1 malaysia..
Pada 26-28 Julai 2011 bertempat di UPM Serdang, cikgu telah menghadiri Seminar Pembangunan Profesional Guru Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan. Seminar ini dibuat di Dewan Besar, UPM. Cikgu mewakili daerah Kota Tinggi bagi sekolah rendah. Selama 3 hari tu banyak info dan maklumat berguna yang cikgu perolehi. lebih penting adalah isu-isu berkaitan guru BNK yang sedang diperkatakan sekarang.
Ada 6 ceramah yang telah disampaikan oleh para penceramah undangan yang pakar dalam bidang masing-masing. Berikut adalah aturcara majlis:
CERAMAH 1- IPT DAN SEKOLAH: PELUANG DAN CABARAN oleh En. Asbullah Mohd Yusof
CERAMAH 2-KEMAHIRAN INSANIAH ASAS KECEMERLANGAN PROFESIONAL GURU oleh Prof.Madya Dr.Mohammad Shatar Sabran
CERAMAH 3-ENCHAUNCING SCHOOL COUNSELORS PROFESSIONALISM THROUGHT HUMAN GOVERNANCE oleh Prof.Dr.Arfah Salleh
CERAMAH 4-PENDEKATAN SENI EKSPRESIF DALAM KAUNSELING oleh Prof.Madya Dr.Rusnani Abdul Kadir
CERAMAH 5-THEORY OF CONSTRAINTS (TOC): '100 CLOUDS' MODULE AS A CURRENT APPROACH FOR GUIDANCE AND COUNSELING oleh Mrs.Khaw Choon Ean
CERAMAH 6-PEMBANGUNAN PROFESIONAL GURU KAUNSELING: HALA TUJU DAN KEPERLUAN KOMPETENSI GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING oleh Hj.Aminudin Adam
Lawatan kampus turut diadakan ke beberapa fakulti terpilih mengikut kumpulan yang diberikan.
Malam terakhir telah diadakan malam ramah mesra dan makan-makan hasil pertanian UPM. Sedap-sedap tau (^_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan