6.4.11

MoDuL PemBanGunan DiRi MuriD (Bina Jalur Gemilang)

Hari ni cikgu bersama anak murid cikgu yang cerdik-cerdik belaka telah melaksanakan aktiviti pembangunan diri murid. Aktiviti itu cikgu namakan "BINA JALUR GEMILANG"


1.       Setiap kumpulan diberikan sampul yang masing-masing berbeza antara satu sama lain isi kandungannya.
2.       Berpandukan kepada sampul yang telah diberikan, setiap kumpulan dikehendaki untuk menghasilkan hanya sebuah bendera jalur gemilang.
3.       Memandangkan setiap kumpulan hanya memiliki sebahagian bahan yang boleh dianggap tidak lengkap, maka penghasilan bendera adalah bergantung kepada kreativiti setiap kumpulan tersebut
4.       Syaratnya, sepanjang aktiviti ini berjalan, setiap ahli kumpulan tidak dibenarkan bersuara.Sekiranya ahli ingin bergerak ke tempat lain , mereka dikehendaki merangkak dan tidak dibenarkan berjalan seperti biasa
5.       Selesai melakukan aktiviti tersebut, ahli kumpulan diberi peluang untuk menyatakan pengalaman dan perasaan mereka sepanjang berada dalam kumpulan dan menjalani aktiviti tersebut. 

FALSAFAH

1.       Membina semangat berpasukan dengan melakukan sesuatu aktiviti sama ada yang mudah atau pun sukar.
2.       Membina keyakinan untuk meyatakan atau menegaskan pendapat sendiri kepada khalayak ramai.
3.       Menjana pencapahan minda dengan menghasilkan jawapan yang logik dan bernas serta kesepakatan untuk memilih pilihan yang lebih baik.
4.       Dalam kehidupan tidak semua persoalan yang timbul mempunyai jawapan yang jelas dan terpulanglah kepada seseorang individu itu untuk mentafsirkannya dan mempertimbangkannya mengikut beberapa sudut tertentu.


RUMUSAN
Membina semangat dan keyakinan untuk menyatakan atau menegaskan pendapat sendiri
kepada khalayak ramai, disamping menjana pencapahan minda dengan kesepakatan dalam
kumpulan untuk memilih pilihan yang baik. 

Mari kita lihat gelagat murid cikgu (^_^)
Ini bahan yang diguna pakai

Bagus!. Pembahagian kerja berpasukan

Sepenuh hati.. sepenuh jiwa

Mula ada ciket-ciket gambar bendera kan??

Tekun murid ini

Wah! hampir siap

Ini hasilnya 

Antara hasil pelajar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan