8.4.11

MoDuL AkaDemiK (Surviver series (Puzzle))

Hari yang sangat indah, pagi yang sejuk (hujan sikit pagi ni). Ok, semua. Hari ini cikgu nak kongsi  modul bimbingan mengenai pengurusan masa iaitu "surviver series (puzzle). Mari kita pergi lebih jauh lagi.

LANGKAH:

1.    Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 hingga 10 orang.
2.    Wakil setiap kumpulan memilih satu sampul yang berada  pada Guru Bimbingan dan Kaunseling.
3.    Setiap kumpulan diminta untuk  membuka sampul dan keluarkan serpihan gambar dalam sampul tersebut.
4.    Dalam masa yang ditetapkan ahli kumpulan dikehendaki mencatumkan serpihan kertas tadi menjadi sekeping gambar.
5.    Kumpulan yang pertama Berjaya menyelesaikan tugasan tersebut dikira pemenang.Kumpulan yang menang diberi penghargaan.



FALSAFAH:

1.  Kita mesti bijak dan teliti dalam menyelesaikan masalah walaupun mempunyai masa yang terhad.
2.  Kita mestilah teliti dalam melaksanakan sesuatu kerja untuk mendapatkan hasil yang baik.
3.  Usaha (mengabungkan gambar) adalah satu tangga kepada kejayaan. Hargailah masa. 

RUMUSAN:
Murid dapat bekerjasama dan bertindak secara sistematik di dalam kumpulan secara
berkerjasama dan berpasukan.

Ok, tiba masa untuk kita semua lihat aksi murid-murid cikgu. Seronok tau aktiviti ni. (^_^)

Yang penting..kerjasama!!

Seronoknya mereka (^_^)

Teliti memilih ya

Suasana sepanjang aktiviti

Siap sudah! 

lagi sikit tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan