Perhimpunan hari ni (20/4/2011) cikgu ulas berkaitan TEKNIK-TEKNIK MENJAUHI ZINA (Teknik 2). Teknik yang kedua ini ialah membina kemahiran berkomunikasi. Cikgu tekankan pada murid-murid bahawa mereka perlu mahir dalam lisan. Macam mana kemahiran lisan ini dapat menjauhi zina???
-Komunikasi dua hala sangat penting kerana kita dapat mengawal butir bicara kita jika pasangan kita berlainan jantina
-Komunikasi berkesan iaitu melihat orang yang sedang bercakap dengan kita. Ini sangat penting kerana jika si wanita sedang bercakap tanpa melihat kearah si lelaki berkemungkinan besar si lelaki itu sedang melihat tubuh badan si wanita tanpa si wanita sedari
-Komunikasi lisan yang baik dengan keluarga, adik beradik, guru dan rakan... jika pasif pasti sukar untuk meluah apa yang berlaku . Tetapi dengan kemahiran lisan yang baik, pasti murid boleh bercerita atau mengadu pada keluarga, mahupun guru tentang perilaku tidak baik yang dilakukan oleh orang lain kepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan