28.4.11

KURSUS PROFESIONALISME GURU-GURU SISWAZAH TERLATIH PENEMPATAN BARU SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR BIL.1/2011

Salam 1 Malaysia yang ceria! (^_^) Semalam, cikgu telah menghadiri Kursus Profesional Guru-Guru Siswazah Terlatih Penempatan Baru Sekolah Rendah Negeri Johor di Melaka. Berikut ketetapannya:

Lokasi: Permaisuri MITC Hotel Melaka
Tarikh: 25-27 April 2011
Sasaran: Semua guru baru kemasukan Januari 2011
Aturcara Program :
-Taklimat Kursus Pertemuan/Perbincangan bersama Ketua Unit Sekolah Rendah  dan PPPDR
-Kepentingan aktivti kokurikulum Pendidikan
-Perkhidmatan Cemerlang
-Tindakan Tatatertib Penjawab Awam
-Kecemerlangan Dalam Pendidikan
-Guru dalam Perkhidmatan
-Pencapaian ke arah kecemerlangan akademik

Mari lihat gambar-gambar sepanjang kursus berlangsung (^_^)

Taklimat Kursus Pertemuan/Perbincangan bersama Ketua Unit Sekolah Rendah  dan PPPDR

Ceramah Kepentingan aktivti kokurikulum Pendidikan
ceramah Perkhidmatan Cemerlang
Ceramah Tindakan Tatatertib Penjawab Awam
Ceramah Kecemerlangan Dalam Pendidikan
Ceramah Guru dalam Perkhidmatan
Ceramah Pencapaian ke arah kecemerlangan akademik
Para Peserta

1 Malaysia!
Read More...

24.4.11

KURSUS BINA NEGARA ASAS GURU-GURU KAUNSELING JABATAN PELAJARAN JOHOR

Pada 22-24 april 2011, cikgu telah menghadiri Kursus Bina Negara (BTN) untuk guru-guru kaunseling Negeri Johor. Berikut adalah aturcara sepanjang program :

Lokasi: Gunung Pulai
Program: -Ceramah
               -Riadah / gerakan fizikal
               -Latihan Dinamika Kumpulan
               -Kembara

Banyak sangat ilmu yang cikgu perolehi. Pelbagai maklumat yang fasi salurkan begitu jelas dan terang. Nampaknya cikgu ada 1 kelemahan yang cikgu perlu perbaiki iaitu tajamkan, teroka dan cari gali sejarah melayu . Cikgu sayangkan negara ini.

ROHKU, JASADKU, DARAHKU, NADIKU, UNTUKMU NEGARAKU MALAYSIA!

name tag sepanjang program...

huhu.. ni jelah gambar yang dapat di ambil sebab sebarang alat elektronik baik kamera mahupun handphone tidak dibenarkan guna sepanjang program..
Read More...

22.4.11

UJIAN PERSONALITI ONLINE

Malam yang sepi ini memberikan kita ketenangan. Bunyi cengekerik saling bersahut-sahutan. Sangat sesuai untuk kita buat ujian personaliti online. Cikgu galakkan murid semua untuk buat ujian personaliti dengan kerap, bukan sekali seumur hidup. Kerana apa??

Kerana personaliti kita akan berubah mengikut pengetahuan, kematangan dan pengalaman hidup kita. Mari kita buat ujian online ini bersama-sama. JOM..

http://www.teachersrock.net/personaliti.htm
Read More...

20.4.11

MoDuL 5 MiniT BeNci ZiNa

Perhimpunan hari ni (20/4/2011) cikgu ulas berkaitan TEKNIK-TEKNIK MENJAUHI ZINA (Teknik 2). Teknik yang kedua  ini ialah membina kemahiran berkomunikasi.  Cikgu tekankan pada murid-murid bahawa mereka perlu mahir dalam lisan. Macam mana kemahiran lisan ini dapat menjauhi zina???


-Komunikasi dua hala sangat penting kerana kita dapat mengawal butir bicara kita jika pasangan kita berlainan jantina
-Komunikasi berkesan iaitu melihat orang yang sedang bercakap dengan kita. Ini sangat penting kerana jika si wanita sedang bercakap tanpa melihat kearah si lelaki berkemungkinan besar si lelaki itu sedang melihat tubuh badan si wanita tanpa si wanita sedari
-Komunikasi lisan yang baik dengan keluarga, adik beradik, guru dan rakan... jika pasif pasti sukar untuk meluah apa yang berlaku . Tetapi dengan kemahiran lisan yang baik, pasti murid boleh bercerita atau mengadu pada keluarga, mahupun guru tentang perilaku tidak baik yang dilakukan oleh orang lain kepadanya.



Read More...

18.4.11

KEM KECEMERLANGAN SAHSIAH DIRI MURID TAHUN 6, SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2011 (FASA 1)

Pada 18 April 2011 telah diadakan Kem Kecemerlangan Sahsiah Diri Murid Tahun 6, sekolah-sekolah daerah kota tinggi bagi tahun 2011. Sekolah Kebangsaan Bandar Mas telah bergabung bersama SK LKTP Sungai Mas. Berikut aturcara program:

Tempat: SK LKTP Sungai Mas
Tarikh: 18 April 2011
Penceramah: WOW COACHING
Sasaran: Murid tahun 6

Banyak sangat input yang menarik untuk dikongsi. Fasa 1 ini lebih kepada menanam asas kecemerlangan dalam diri.. Murid-murid semua menunjukkan sikap positif dan semangat yang tinggi. Pihak wow coaching pun kata dia seronok sebab murid-murid penuh semangat serta mendoakan agar dapat berjumpa murid-murid ini lagi... Cikgu pun tumpang seronok.hehehe

Mari kita lihat aktiviti sepanjang program berlangsung (^_^)









Read More...

16.4.11

KurSuS KePIMpiNaN JaWATanKUaSA TerTiNGGI PerSaTuaN DaN KeLAB 2011

Salam 1 Malaysia!!

Hari ini 16 April 2011 (Sabtu) telah diadakan kursus kepimpinan jawatankuasa tertinggi persatuan dan kelab bagi tahun 2011. Aturcara program seperti berikut:

Slot 1: Ceramah  "PERSONALITI DAN KEPIMPINAN-CIRI-CIRI YANG PERLU ADA PADA SEORANG PEMIMPIN" oleh Cikgu Norazizah

Slot 2: Ceramah "TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA" oleh Cikgu Arshad

Slot 3: Ceramah "PANDUAN MENGISI BORANG" Oleh Cikgu Kamil

Kursus ini memberi banyak input kepada peserta untuk memahami bidang tugas mereka di dalam sesuatu organisasi yang dipimpin. Cikgu berharap semua peserta dapat memahami dan selepas ini boleh menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin dengan baik dan cemerlang.

Mari kita lihat senario sepanjang kursus berlangsung (^_^)

Urusetia pendaftaran

Slot Cikgu Kamil

MC yang bersuara merdu

Peserta penuh semangat

Slot Cikgu Norazizah

Slot Cikgu Arsyad
Read More...

14.4.11

KurSuS ApLiKaSi UjiAN PsIKOmaTriK DaLaM PerKhiDmaTaN BiMbInGaN dAN KaUNseLinG

Salam penuh muhibbah!! (^_^)

Hari ini, 14 April 2011 bersamaan 10 Jamadil Awal telah diadakan "Kursus aplikasi ujian psikomatrik dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling".  Berikut adalah butir-butir program:

Tempat: SK Taman Kota Jaya
Tarikh: 14 April 2011
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang

Pengisian terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama bertajuk "ujian personaliti" telah disampaikan oleh Pn. Siti Sheahila bt Abdul Rashid. Sesi kedua pula dengan tajuk "ujian kerjaya" disampaikan oleh Encik Ibrahim.

Aktiviti turut diselitkan dengan membuat ujian itu sendiri, mentadbir, melaksanakan ujian berbentuk aktiviti dan sebagainya.

Mari kita lihat senario sepanjang kursus ini (^_^)

Pn. Siti Sheahila bt Abdul Rashid selaku penceramah "ujian personaliti" 

Pn. Sheahila menerangkan dengan jelas

Rakan-rakan seangkatan

Juga rakan seangkatan..hehehe

Tak jelas sila bertanya ya

Kak Milah ni dok sorang-sorang je

Cenderahati kepada penceramah

Ini lah Encik Ibrahim selaku penceramah "ujian kerjaya"

Terima kasih ya! semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan bersama
Read More...

13.4.11

BiCarA AkaDemIK AnAK-anaK TarGet UPSR 2011 - FASA 1

PADA 13 ARIL 2011 TELAH DIADAKAN PROGRAM "BICARA AKADEMIK ANAK-ANAK TARGET UPSR 2011. TERBAHAGI KEPADA 2 SESI:

SESI 1: 20 ORANG MURID SERTA PENJAGA (7.30 PAGI - 10.00 PAGI)
SESI 2: 21 ORANG MURID SERTA PENJAGA (10.30 PAGI -12.30 TENGAH HARI)

SESI BERMULA DENGAN PEMBENTANGAN HEADCOUNT MURID OLEH TUAN GURU BESAR. KEMUDIAN DIIKUTI DENGAN PENJELASAN DARI GURU-GURU MATA PELAJARAN MATEMATIK, SAINS, BAHASA INGGERIS, DAN BAHASA MELAYU. TURUT DIBUKA SESI SOAL JAWAB  BERSAMA IBU BAPA. CIKGU JUGA ADA MENYELIT DENGAN MEMBERI 35 TIPS PELAJAR CEMERLANG.

DIHARAP MURID-MURID TARGET INI MENJADI LEBIH BERSEMANGAT DAN PENUH KEYAKINAN UNTUK MENCAPAI IMPIAN SEKOLAH/PENJAGA DAN IMPIAN MEREKA. ITULAH DOA KITA SEMUA. AMINNN.

JADI, MARI KITA LIHAT SUASANA SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG. (^_^)

Pembentangan dari Tuan Guru Besar

Penerangan headcount murid

Ibu bapa/penjaga dan murid

Guru-guru mata pelajaran
Read More...

11.4.11

KURSUS PERLAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN 2011

Berjumpa kembali kita.. (^_^).. cikgu telah diminta untuk mengahadiri kursus kajian tindakan yang diadakan seperti maklumat berikut:

Tempat: SMK Adela, Kota Tinggi Johor
Tarikh: 9 Mac 2011

Banyak maklumat baru yang cikgu perolehi. Pada cikgu sangat bagus kerana cikgu pun masih baru dan kajian tindakan juga cikgu kena buat untuk lengkapkan Program Guru Baharu tahun ini. 

Mari kita lihat senario sepanjang kursus berlangsung.

Antara peserta kursus

Tengok fail tu, apa yang silap? tarikh mac jadi februari. huhu

Ini dia CD. Bahan yang diberikan

Read More...

8.4.11

MoDuL AkaDemiK (Surviver series (Puzzle))

Hari yang sangat indah, pagi yang sejuk (hujan sikit pagi ni). Ok, semua. Hari ini cikgu nak kongsi  modul bimbingan mengenai pengurusan masa iaitu "surviver series (puzzle). Mari kita pergi lebih jauh lagi.

LANGKAH:

1.    Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 hingga 10 orang.
2.    Wakil setiap kumpulan memilih satu sampul yang berada  pada Guru Bimbingan dan Kaunseling.
3.    Setiap kumpulan diminta untuk  membuka sampul dan keluarkan serpihan gambar dalam sampul tersebut.
4.    Dalam masa yang ditetapkan ahli kumpulan dikehendaki mencatumkan serpihan kertas tadi menjadi sekeping gambar.
5.    Kumpulan yang pertama Berjaya menyelesaikan tugasan tersebut dikira pemenang.Kumpulan yang menang diberi penghargaan.



FALSAFAH:

1.  Kita mesti bijak dan teliti dalam menyelesaikan masalah walaupun mempunyai masa yang terhad.
2.  Kita mestilah teliti dalam melaksanakan sesuatu kerja untuk mendapatkan hasil yang baik.
3.  Usaha (mengabungkan gambar) adalah satu tangga kepada kejayaan. Hargailah masa. 

RUMUSAN:
Murid dapat bekerjasama dan bertindak secara sistematik di dalam kumpulan secara
berkerjasama dan berpasukan.

Ok, tiba masa untuk kita semua lihat aksi murid-murid cikgu. Seronok tau aktiviti ni. (^_^)

Yang penting..kerjasama!!

Seronoknya mereka (^_^)

Teliti memilih ya

Suasana sepanjang aktiviti

Siap sudah! 

lagi sikit tu..

Read More...

MoDuL AkaDemiK (Yang Paling Hebat)

Selamat bertemu kembali (^_^). Hari ini cikgu nak kongsi berkaitan modul kemahiran mendengar dan bertanya. Cikgu laksanakan modul ini di kelas bersama murid-murid kesayangan cikgu. Sangat seronok tau. Cikgu pilih aktiviti bimbingan "Yang Paling Hebat".

LANGKAH:

Guru Bimbingan dan Kaunseling menceritakan fungsi dan kehebatan kelima-lima jari.

1.    Guru Bimbingan dan Kaunseling menceritakan fungsi dan kehebatan jari anak, jari manis, jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari.

Contohnya :-

Jari Ibu : dipanggil ‘Ibu’, paling besar antara jari-jari yang lain, kalau nak cakap best takkan tunjuk jari-jari lain melainkan ibu jari, kalau majlis rasmi ibu jari digunakan sebagai tunjuk arah.
Jari Telunjuk : Dalam sembahyang, jari telunjuk sahaja yang keluar, kalau nak tunjuk arag telunjuk saja digunakan
Jari Hantu : Paling tinggi daripada yang lain, tidak dapat ditandingi.
Jari Manis : Cincin perkahwinan akan disarungkan di situ, paling manis.
Jari Anak : selalu digunakan untuk tempat sempit, kalau lubang kecil jari lain tidak dapat masuk kecuali jari anak.

2.    Murid-murid di dalam kumpulan masing-masing diminta memberikan pendapat mengenai satu jari yang paling hebat dan rasionalnya memilih jari tersebut.
3.    Seorang wakil setiap kumpulan akan mempersembahkan pendapat tersebut. Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya apa akan terjadi apabila ketiadaan salah satu jari tersebut. 

FALSAFAH:
1.    Menggalakkan komunikasi peserta dan mempertahankan hujah yang dipilih.
2.    Setiap orang/individu mempunyai peranan masing-masing
samada dalam keluarga, organisasi atau masyarakat.
3.    Perlu bekerjasama dengan orang lain bagi menyempurnakan sesuatu tugasan. Perlu mempunyai sikap saling menghormati dan mempercayai orang lain.

RUMUSAN:
Murid dapat memberikan fokus, mendengar dengan baik, berfikir secara kreatif  dan
bertindak di dalam kumpulan secara berkerjasama.

ok, mari kita lihat aksi dan gelagat murid-murid cikgu sepanjang aktiviti bimbingan ini
dijalankan.

Suka betul cikgu tengok ahli kumpulan ni.

kumpulan ini pilih hari telunjuk

Ini pun pilih jari telunjuk

Sama juga

Ini pelik siket, jari manis. Yang penting ada fungsi nya.

Read More...